Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan taja pelajar perubatan kurang berkemampu­an

-

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak akan membelanja­kan sejumlah RM20 juta bagi tempoh lima tahun ini untuk membiayai pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an di negeri ini yang layak melanjutka­n pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata dana khas bagi tujuan tersebut akan ditetapkan bermula tahun depan iaitu sebanyak RM4 juta setahun untuk membantu sekurang kurangnya 40 orang pelajar.

“Menjelang 2021, saya berharap dapat mengeluark­an lebih 100 orang doktor perubatan di kalangan anak Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak, Program Perubatan UNIMAS di Wisma Bapa Malaysia di sini, Isnin.

Abang Johari menjelaska­n bahawa pemberian biasiswa tersebut akan diteruskan selagi kerajaan negeri diurus dengan baik.

Katanya inisiatif tersebut adalah sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk membangunk­an modal insan yang dapat menyumbang kepada pembanguna­n negeri pada masa depan.

Menurut beliau, sebab kerajaan negeri memilih untuk memberi biasiswa tersebut adalah bagi mengimbang­i jurang yang besar dari segi nisbah doktor kepada populasi di Sarawak ketika ini iaitu seorang doktor bagi 800 populasi manakala di peringkat nasional, nisbahnya ialah seorang doktor bagi 656 populasi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang dan Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

 ??  ?? ABANG Johari bersama Azmi beramah mesra dengan para penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak, Program Perubatan Unimas di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.
ABANG Johari bersama Azmi beramah mesra dengan para penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak, Program Perubatan Unimas di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia