Utusan Borneo (Sabah)

Beri didikan agama dan moral kepada anak

Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h wajar jadi teladan ibu bapa

-

KUCHING: Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang dipercayai membabitka­n suspek dalam kalangan remaja bawah umur wajar menjadi teladan kepada semua ibu bapa.

Dalam hal tersebut, menurut Perwakilan Parlimen Belia Malaysia Wan Mohd Hafiq Abdul Jalil, aspek penting yang harus diberi penekanan adalah peranan ibu bapa dalam memberi asas didikan agama dan moral yang kukuh kepada anak-anak sejak dari awal usia lagi.

“Malah, ibu bapa seharusnya konsisten dalam menyemai nilai-nilai positif dalam diri anak-anak dan menjadi contoh terbaik atau ‘role model’ kepada mereka.

“Ibu bapa juga perlu sentiasa peka dan menyelia aktiviti dan pergaulan anak-anak agar mereka tidak terjerumus ke dalam gejala jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n pada Isnin.

Tambahnya yang juga merupakan Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, bagi pendidikan di sekolah pula, adalah wajar bagi Kementeria­n Pendidikan Malaysia memperkasa Kelab Pencegahan Jenayah dan Kelab Anti-Dadah bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar supaya mereka tidak mudah terpengaru­h dengan anasir negatif.

Dalam pada itu, pihak kerajaan, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memperluas dan mempergiat kempen kesedaran sivik yang menjadi tunjang kepada pembanguna­n modal insan dalam melangkah ke arah generasi Transforma­si Nasional 2050.

“Sekiranya usaha-usaha ini dapat dilaksanak­an dengan konsisten, saya yakin gejala jenayah, terutama dalam kalangan remaja dapat dikurangka­n,” jelasnya.

Insiden kebakaran itu disifatkan sebagai titik hitam buat negara dan lebih mengejutka­n apabila siasatan polis mendapati punca kejadian adalah disebabkan perbuatan sabotaj dan balas dendam melibatkan tujuh remaja.

Malah, ibu bapa seharusnya konsisten dalam menyemai nilai-nilai positif dalam diri anak-anak dan menjadi contoh terbaik atau ‘role model’ kepada mereka.

WAN MOHD HAFIQ ABDUL JALIL Perwakilan Parlimen Belia Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia