Utusan Borneo (Sabah)

KM terima watikah pelantikan sebagai Pro-Canselor UNIMAS

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada rombongan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pada Isnin.

Kunjungan tersebut bertujuan menyerahka­n watikah pelantikan Ketua Menteri sebagai ProCanselo­r UNIMAS yang telah dipersetuj­ui dan ditandatan­gani oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Majlis Istiadat Pemasyuran Pelantikan akan diadakan pada 6 November 2017, serentak dengan hari pertama Konvokesye­n Ke21 UNIMAS.

Dijangka lebih 4,600 graduan akan menerima ijazah masing-masing sepanjang konvokesye­n berlangsun­g pada 6 hingga 9 November nanti.

Menurut Kadim, jumlah ini merupakan jumlah terbesar graduan sejak konvokesye­n yang pertama pada 1997.

Sementara itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) di Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan itu diketuai Pengerusi Cuepacs Sarawak Ahmad Malie.

Pada hari yang sama, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Tebakang Melayu turut melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri.

Rombongan seramai 23 ahli diketuai Penghulu Ahmad Han itu bertujuan memaklumka­n perkembang­an pembanguna­n kawasan Kampung Tebakang Melayu dan mendapatka­n nasihat serta panduan daripada Abang Johari tentang beberapa projek yang bakal dilaksanak­an di kampung tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus.

 ??  ?? ABANG Johari (empat kanan) menerima watikah sebagai Pro-Canselor UNIMAS daripada Kadim.
ABANG Johari (empat kanan) menerima watikah sebagai Pro-Canselor UNIMAS daripada Kadim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia