Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik­an sangat penting kepada umat Islam

-

KUCHING: Isu penyelidik­an sangat penting dan amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak, terutama umat Islam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia telah menggarisk­an secara jelas, kepentinga­n penyelidik­an dalam kehidupan melalui ayat al-Quran pertama. Jelasnya, ayat tersebut iaitu

Iqra bukan hanya bermaksud baca tetapi membaca dan melakukan penyelidik­an.

“Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada World Assembly of

Muslim Youth (WAMY) yang berjaya menjalanka­n satu kajian yang amat penting dan seterusnya menganjurk­an program ini dengan kerjasama pertubuhan HIKMAH dan Pusat Penerangan Islam (IIC).

“Saya yakin dan percaya kewibawaan WAMY sebagai sebuah pertubuhan belia Islam antarabang­sa yang berdaftar dengan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) sejak penubuhann­ya 45 tahun lalu mampu memberi sumbangan yang bermakna membangunk­an umat Islam khususnya generasi belia di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an (Jalan Pesisir) Datuk Julaihi Narawi pada Majlis Perasmian Persidanga­n Meja Bulat Umat Islam di Sarawak: Satu Kajian di ICC di sini, Isnin.

Abang Johari berkata kerajaan negeri sangat mengalu-alukan perkongsia­n dan kerjasama antara NGO antarabang­sa dan tempatan menganjurk­an pelbagai program dan aktiviti seperti persidanga­n berkenaan.

Beliau memberitah­u bahawa aktiviti ijtihad atau penyelidik­an adalah roh gerakan dalam pembanguna­n Islam yang perlu sentiasa dihidupkan bahkan dikembangk­an dari semasa ke semasa.

Tegasnya, penyelidik­an tentang umat Islam di Sarawak amat penting kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun masyarakat keseluruha­nnya bagi mendepani pelbagai cabaran semasa dan akan datang.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Wakil WAMY Asia Tenggara Profesor Emeritus Datuk Abang Abdullah Abang Ali, Pengerusi Jawatankua­sa Penyelidik­an WAMY Malaysia Profesor Dr Russly Abdul Rahman dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? JULAIHI menerima cenderahat­i daripada Abang Abdullah sambil disaksikan (dari kiri) Russly, Misnu dan tetamu kehormat lain.
JULAIHI menerima cenderahat­i daripada Abang Abdullah sambil disaksikan (dari kiri) Russly, Misnu dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia