Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2018: Cuepacs S’wak harap PM pertimbang tuntutan Cuepacs Pusat

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) Sarawak menaruh harapan besar kepada Perdana Menteri agar mempertimb­angkan insentif yang dituntut Cuepacs Pusat dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Oktober depan.

Pengerusi Cuepacs Sarawak Ahmad Malie berkata Cuepacs pusat telah menyerahka­n kertas cadangan mengenai pelbagai insentif untuk penjawat awam hasil perbincang­an meja bulat kongres pusat sebelum ini.

Cadangan-cadangan ini katanya telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Tanpa mendedahka­n antara tuntutan yang dikemukaka­n, Ahmad berharap kerajaan usat akan mempertimb­angkan tuntutan-tuntutan ini sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan semua penjawat awam.

“Setiap tahun pada bulan Oktober akan menjadi tumpuan kerana kebiasaann­ya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan bajet negara untuk tahun depan.

“Sebagai mana harapan penjawat awam, Cuepacs Sarawak turut menaruh harapan agar pembentang­an Bajet 2018 akan membawa lebih banyak insentif dan manfaat kepada semua penjawat awam,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Meskipun menaruh harapan besar agar kebajikan penjawat awam terus dijaga namun Ahmad turut berharap agar penjawat awam menunggu dengan sabar sehingga pengumuman bajet dibuat.

“Penjawat awam merupakan jentera penting kepada kecekapan pengurusan dan pentadbira­n kerajaan.

“Justeru, penjawat awam wajar mendapat perhatian daripada kerajaan sebagai tanda menghargai sumbangan mereka dalam menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia