Utusan Borneo (Sabah)

Kapal dan nelayan Vietnam ditahan

-

BINTULU: Sebuah kapal nelayan dari Vietnam termasuk seorang nakhoda bersama 10 krunya ditahan Kapal Maritim (KM) Setia Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 12 Bintulu kerana disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.

Kapal dan kru nelayan itu ditahan bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarka­n bernilai lebih RM1 juta jam 1.45 petang, pada 16 September lalu dalam Operasi Permai 01/06.

Pengarah Maritim D12 Bintulu Kepten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata lebih kurang jam 12.50 tengah hari 16 September lalu, KM Setia diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin bersama 20 pegawai dan anggota melakukan pemeriksaa­n di posisi 160 batu nautika dari Bintulu.

“Semasa pemeriksaa­n itu, mereka menemui kapal nelayan asing terbabit dan mendapati dalam kapal itu terdapat peralatan menangkap ikan, seorang nakhoda dan 10 kru warga Vietnam.

“Kapal terbabit semasa diperiksa lanjut disahkan tidak mempunyai dokumen kebenaran lengkap berada dalam perairan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Berikutan itu, kapal terbabit diiringi masuk melalui Sungai Kemena ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Bintulu di Sungai Nyigu di sini untuk siasatan.

“Semua kru kapal itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya sambil menambah APMM Bintulu memperheba­t operasi menahan bot nelayan asing menceroboh perairan Bintulu dengan mendapatka­n banyak maklumat daripada nelayannel­ayan tempatan dan pengusaha-pengusaha bot yang membawa pemancing.

Sehubungan itu beliau berharap nelayan tempatan dan pengusaha bot memancing memberi kerjasama menyalurka­n maklumat kepada APMM dengan menghubung­i pusat operasi di talian 086-314024.

“Kami juga berusaha meletakkan aset lebih jauh dalam 50 batu nautika di perairan Bintulu yang difahamkan aktiviti botbot nelayan asing kerap beroperasi di kawasan terbabit,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya menjamin keselamata­n bot-bot nelayan tempatan tidak diganggu nelayan asing dan hasil laut negara dipertahan­kan supaya tidak dikaut ke luar negara memandangk­an nelayan asing datang beramairam­ai ke perairan negeri ini membabitka­n 20 hingga 50 bot.

“Begitupun, kami ada kekangan dan cabaran kerana mempunyai aset lama serta berharap kerajaan persekutua­n dan negeri dapat memahaminy­a,” jelasnya.

Menurutnya, APMM menerima aset baharu kapal ronda iaitu New Generation Patrol Vessel (NGPV) dinamakan sebagai KM Bagan Datuk dan KM Sri Aman membantu kapal besar 70 meter milik APMM membabitka­n KM Arau dan KM Pekan diberikan oleh Jepun kepada Malaysia bagi memantau perairan negara.

Menjelas lanjut tindakan terhadap nelayan asing terbabit, APMM tidak menyerahka­n kepada jabatan lain sebaliknya terus membuat kertas siasatan dan pendakwaan.

“Kami ada kuasa menyiasat dan mendakwa di bawah Akta APMM 633, antaranya bot nelayan boleh disita dan kompaun tinggi boleh dikenakan apabila hukuman dijatuhkan,” katanya.

Selain itu, dengan aset seperti KM Setia dan KM Tabah boleh bergerak jauh diharap mampu menghalang kemasukan nelayan asing serta membantu memberi keselesaan dan keyakinan kepada nelayan tempatan menangkap ikan di perairan negeri ini.

 ??  ?? AMINUDIN (dua kiri) meninjau keadaan nelayan Vietnam yang ditangkap oleh APMM DM12 Bintulu.
AMINUDIN (dua kiri) meninjau keadaan nelayan Vietnam yang ditangkap oleh APMM DM12 Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia