Utusan Borneo (Sabah)

Saling memahami jadi sumber kekuatan PBB

-

SIBU: Saling memahami antara satu sama lain menjadi sumber kekuatan Parti Pesak a Bumiputera Bersatu (PBB) dan harus dipertahan­kan sampai bila-bila.

Setiausaha Agungnya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ahli sayap Pesaka dan Bumiputera PBB mempunyai pemahaman kukuh dan kurang berlaku konflik atau pertengkar­an dalam kalangan mereka.

“Semuanya berjalan baik dan kawasan kita juga dijaga dengan baik, kecuali struktur kedudukan berdasarka­n saling memahami, ia tidak tertulis tetapi sudah menjadi budaya kita.

“Bagi saya, selagi kita saling menghormat­i dan memahami antara satu sama lain, saya rasa sesebuah parti itu sudah cukup kuat.

“Itulah sumber kekuatan PBB,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Merarau Segulai Sejalai’ anjuran PBB Bawang Assan di Rumah Mary, Sungai Bidut di sini, Sabtu lalu.

Tetamu terdiri daripada tujuh unit PBB di sini iaitu Bawang Assan, Tanjung Penasu, Pasai, Rassau, Bungan, Bukit Besai (Protem) dan Sungai Bidut (Protem).

Dr Rundi turut meminta unit-unit PBB supaya mengukuhka­n semangat kerjasama bagi mengekalka­n kekuatan parti.

Sementara itu, Tuai Rumah Mary Geruna berkata beliau sangat gembira dengan kehadiran tetamu lebih-lebih lagi diberi penghormat­an menjadi penganjur program itu.

Menurut Mary, rumah panjang tersebut mempunyai 18 pintu dibina pada 1938 dan memerlukan pembaikan.

“Kami berharap kerajaan dapat membantu membaik pulih rumah panjang ini kerana sudah berusia.

“Selain itu, saya juga meminta supaya disediakan kemudahan WiFi di sini kerana anak-anak kami semuanya sudah pandai menggunaka­n Internet,” katanya.

Berhubung permintaan itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kementeria­nnya menyediaka­n peruntukan menerusi Projek Bantuan Rumah untuk mengubah suai dan menaik taraf.

“Jika kementeria­n saya meluluskan permintaan mereka, ia akan menjadi RM10,000 untuk setiap keluarga.

“Di sini terdapat 18 keluarga. Jadi, mereka (rumah panjang) mendapat kira-kira RM180,000 untuk pembaikan daripada kementeria­n,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rundi turut mengumumka­n RM10,000 geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mary manakala RM20,000 untuk PBB Bawang Assan.

Hadir sama bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit, ADUN Tamin Christophe­r G ira, Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Joannes Giri, Petrus Igat Mathias, Kaunselor Tapah Ata, Jenny Bangga, Temenggung Stanley Gramong dan Romeo Christophe­r Tegong yang juga pemangku pengerusi PBB Bawang Assan dan Pengerusi PBB Sungai Bidut (Protem) Jiram Mardan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia