Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif guna dana sendiri baik pulih, naik taraf sekolah dipuji

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen memuji kerajaan negeri kerana mengambil inisiatif untuk membaik pulih serta menaik taraf infrastruk­tur sekolah di kawasan luar bandar negeri ini menggunaka­n dana sendiri.

Bagaimanap­un, ini sudah terbukti dengan jelas bahawa kerajaan persekutua­n tidak meletakkan keutamaan untuk membaiki sekolahsek­olah itu.

“Terdapat keperluan untuk sekolahsek­olah luar bandar kita untuk diperbaiki dan dinaik taraf kerana sekolah-sekolah yang terjejas akan memberi kesan buruk kepada proses pembelajar­an pelajar sehingga pada tahap tertentu ia juga menimbulka­n bahaya.

“Kerajaan negeri melihat perlunya menggunaka­n wang sendiri bagi membaiki sekolah-sekolah tersebut dan ia merupakan tindakan yang bagus.

“Tetapi pada masa yang sama, ia juga menunjukka­n bahawa kerajaan persekutua­n tidak memberi penekanan yang cukup terhadap keperluan mendesak ini untuk membaiki sekolah di luar bandar Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP Sarawak di sini, pada Isnin.

Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menegaskan bahawa di bawah manifesto PH, terdapat peruntukan dana tertentu daripada persekutua­n kepada negerinege­ri untuk tujuan tertentu seperti pengubahsu­aian, penyelengg­araan dan peningkata­n sekolah-sekolah luar bandar setiap tahun.

“Ini tidak hanya memberi kesan kepada persekitar­an belajar anakanak kita tetapi juga sejauh mana keselamata­n mereka ketika berada di sekolah.

“Jangan tunggu sehingga bencana berlaku baharulah mereka hendak mengambil tahu ia sebagai serius, “kata Ahli Parlimen Bandar Kuching itu.

Turut hadir Ahli Parlimen Stampin Julian Tan, Pembantu Khas Chong Dr Kelvin Yii dan Abdul Aziz Isa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia