Utusan Borneo (Sabah)

Adik beradik berentap di final Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Sabah 2017

-

KENINGAU: Hasrat pasangan kembar dari Pitas, Muhd Shahrul Nazim Rahman dan Muhd Shahrul Nizam Rahman untuk mengekalka­n kejuaraan beregu lelaki terbuka yang mereka menangi tahun lepas tidak kesampaian apabila Muhd Shahrul Nazim mengalami kekejangan otot dan terus dikejarkan ke hospital sebelum beraksi di pentas akhir.

Justeru pasangan dari Keningau Dede Ryan Philip yang berpasanga­n bersama Yap Qar Siong dinobatkan selaku juara dalam Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Sabah 2017 anjuran bersama Persatuan Badminton Sabah (SBA) dan Persatuan Badminton Daerah Keningau yang menutup tirainya Ahad lepas di Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau.

Dalam masa yang sama, satu sejarah terpahat dalam kejohanan ini apabila dua kategori yang mempertemu­kan adik beradik dalam kategori Perseorang­an Lelaki dan Wanita yang mana Arena Satu Samin (KK) menentang kakaknyaPe­tri- cia Eleng Samin (KK) yang memihak kepada Arena untuk menjuarai perseorang­an wanita dengan keputusan 21-16/21-19.

Manakala Perseorang­an Lelaki milik Datu Mohd Shah Eizlan Sardik selaku juara yang menewaskan adiknya Datu Mohd Saffuan Nizam Sardik di pentas akhir dengan keputusan 21-10/21-18.

Selain itu bagi kategori Beregu Campuran Marcel Simon yang berpasanga­n dengan Joanne Chai (KK) muncul juara setelah menewaskan Seddrick Alywn/Lydia Habirin (KK) yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan dengan keputusan 21-18/14-13.

Bagi kategori Beregu Lelaki 40 tahun ke atas tidak mengecewak­an tuan rumah apabila pasangan Ramno Gabriel/Ting Ching Liong (KGU) menewaskan pasangan Bakri Burahima/ Kasmadi Mutahir (LD) 2321/13-21/22-20.

Dalam masa sama Hishikin Kadir yang berpasanga­n dengan Liau Kin Fatt dari Tawau hanya berpuas hati di

JAKE (tengah), Janih (dua kiri), Felix (dua kanan), Nainty (kanan) dan Salim (kiri) merakamkan gambar bersama pemenang bagi kategori Beregu lelaki. “

tempat kedua dalam kategori Beregu Lelaki 90 tahun ke atas apabila tewas kepada Faizal Sayuati/Kamaruddin Massa (KK) di perlawanan akhir dengan keputusan 2116/21-16.

Bagi kategori Bergu Wanita pula menjadi milik Joanne Chai/Lydia Habirin (KK) yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan, muncul juara apabi- l a menewaskan Fong

Yii Zhi/Petricia Eleng Samin

(KK) 21-15/2119.

Presiden Persatuan

Badminton

Sabah

(SBA)

Janih

Bangud

Sesungguhn­ya inisiatif ini adalah salah satu langkah yang baik bagi menggalakk­an pembanguna­n sukan badminton khususnya di negeri Sabah.

JANIH BANGUD

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA)

ketika ditemui selepas perlawanan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankua­sa penganjur, teknikal dan Persatuan Badminton Daerah Keningau atas kesudian

menjadi tuan rumah.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja FLEET yang menaja kejohanan ini dan pihak KKBS, MSNS, LSNS, syarikat dan individu yang telah memberi bantuan tenaga dan kewangan dalam menjayakan kejohanan ini yang berjalan dengan lancar dan sempurna.

“Sesungguhn­ya inisiatif ini adalah salah satu langkah yang baik bagi menggalakk­an pembanguna­n sukan badminton khususnya di negeri Sabah,” ujarnya.

Selain itu katanya, kejohanan seumpama ini juga secara tidak langsung akan dapat melahirkan pemain yang berpotensi dan berbakat untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Dalam pada itu Presiden Persatuan Badminton Daerah Keningau Felix F.Ganang memuji peranan ibubapa, pemain, pengurus dan jurulatih yang telah memberi sokongan penuh sepanjang kejohanan

Beregu Campuran Joanne Chai / Marcel Simon menerima hadiah dari Janih.

sekaligus sama-sama menjayakan kejohanan ini.

“Diharapkan kejohanan seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar kita tidak ketandusan pemain yang berkualiti yang mampu mengharumk­an nama negeri dan negara suatu hari kelak,” jelasnya.

Beliau juga mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada SBA atas kepercayaa­n untuk memilih Keningau sebagai venu utama dalam kejohanan

ini. “Ucapan terima kasih kepada Penaung PBDK Datuk Jake J. Nointin JP, Penasihat (1) Haji Yusop Haji Osman, Penasihat (2) Mohd Rafik Abdul Jubar, Pengerusi Penganjur Salim Linggi serta kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung yang telah memberikan sumbangan berupa wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya sehingga kejohanan yang berprestij ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya,” jelasnya. Semua pemenang telah menerima hadiah tajaan daripada FLEET.

 ??  ?? FELIX (kanan) dan Salim merakamkan gambar bersama juara Beregu Lelaki Veteran 90 tahun ke atas Faizal Sayuati dan Kamaruddin Massa (kanan). JAKE
FELIX (kanan) dan Salim merakamkan gambar bersama juara Beregu Lelaki Veteran 90 tahun ke atas Faizal Sayuati dan Kamaruddin Massa (kanan). JAKE
 ??  ?? menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Ramno Gabriel dan Ting Ching Liong. PENGERUSI Teknikal SBA Ag. Damit @ Buchu (tengah) merakamkan gambar bersama Referi Kehormat Androw Celyron (kiri) dan Timbalan Referi Henry Suntiam.
menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Ramno Gabriel dan Ting Ching Liong. PENGERUSI Teknikal SBA Ag. Damit @ Buchu (tengah) merakamkan gambar bersama Referi Kehormat Androw Celyron (kiri) dan Timbalan Referi Henry Suntiam.
 ??  ??
 ??  ?? JUARA
JUARA
 ??  ?? JUARA Bergu Wanita, Joanne Chai/Lydia Habirin sedang menerima hadiah dari Mohd Rafik.
JUARA Bergu Wanita, Joanne Chai/Lydia Habirin sedang menerima hadiah dari Mohd Rafik.
 ??  ?? MOHD Rafik menyampaik­an sijil dan hadiah kepada Datu Mohd Shah Eizlan Sardik.
MOHD Rafik menyampaik­an sijil dan hadiah kepada Datu Mohd Shah Eizlan Sardik.
 ??  ?? JANIH menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Arena Satu Samin.
JANIH menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Arena Satu Samin.
 ??  ?? JAKE, Janih, Mohd Tamin (dua kiri) bersama AJK Penganjur sedang menyaksika­n perlawanan akhir.
JAKE, Janih, Mohd Tamin (dua kiri) bersama AJK Penganjur sedang menyaksika­n perlawanan akhir.
 ??  ?? JAKE dan Janih bersama AMT PBDK merakamkan gambar bersama para pengadil.
JAKE dan Janih bersama AMT PBDK merakamkan gambar bersama para pengadil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia