Utusan Borneo (Sabah)

Sobo United B muncul juara

Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Merdeka Tertutup Kg Kolopis 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

PENAMPANG: Pasukan Sobo United B muncul juara Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Merdeka Tertutup Kg Kolopis 2017 di Kg Soboong Kolopis, di sini pada 16-17 September.

Perlawanan akhir yang mempertemu­kan pasukan adik beradik itu menyaksika­n Sobo United B menumpaska­n Sobo United C 2-0 manakala tempat ketiga dimenangi SBC FC.

Anugerah Pemain Terbaik dimenangi Billy Ebin manakala Penjaring Terbanyak adalah Ronaldo Rolando sementara Jack Augustine diumumkan sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Anugerah Pasukan Terbaik pula dimenangi pasukan Bawah 17 Tahun Sabah.

Kejohanan selama dua hari anjuran Belia Kg. Soboong Kolopis dengan kerjasama Belia Beliawanis Kg Kolopis itu disertai 12 pasukan.

Pengerusi penganjur, Aryanwen N. A berkata, kejohanan bola sepak itu adalah antara pengisian mereka menyambut Hari Kebangsaan terutama di kalangan belia.

“Kami memilih bola sepak kerana sukan ini memberi ruang dan peluang menghayati dan menikmati Hari Kebangsaan. Dapat bermain dalam kejohanan seperti ini bermakna kita bebas, sihat dan dapat saling berkerjasa­ma tanpa mengira kaum dan agama.

“Yang tidak bermain juga dapat duduk bersamasam­a tidak kira jantina dan peringkat umur. Suasana seperti inilah yang ingin kita semaikan sentiasa ada dalam masyarakat,” kata Aryanwen.

Pengerusi BN Penampang, Datuk Donald Peter Mojuntin, semasa merasmikan kejohanan itu juga memuji usaha dan komitmen belia menjayakan kejohanan itu. Kita memang menggalakk­an dan mengalualu­kan usaha seperti ini terutama di kalangan belia.

“Semakin banyak belia terlibat dengan aktiviti sihat seperti ini akan menjauhkan mereka dari aktiviti yang tidak sihat. Kita perlukan belia yang positif kerana mereka adalah pelapis yang akan mencorakka­n halatuju neara pada masa depan,” kata Donald.

Turut bersama pada majlis perasmian dan menyaksika­n kejohanan itu adalah Ketua Kampung, Anthony Jubili.

 ??  ?? PASUKAN Sobo United B dan C bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PASUKAN Sobo United B dan C bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? DONALD melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Merdeka Tertutup Kg Kolopis 2017.
DONALD melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Merdeka Tertutup Kg Kolopis 2017.
 ??  ?? ANTHONY (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Donald.
ANTHONY (kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Donald.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia