Utusan Borneo (Sabah)

Jogaton Hari Kebangsaan SK Luyang meriah

-

KOTA KINABALU: Kirakira 200 murid Sekolah Kebangsaan Luyang menyertai Larian Jogaton Hari Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan.

Program itu merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Luyang dengan pergerakan Puteri Umno Sabah. Larian itu turut disertai murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6, ibu bapa dan guruguru sekolah.

Jogaton berkenaan dirasmikan oleh Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik.

Hadir sama, Pengerusi PIBG SK Luyang Zainuddin S Ibrahim dan Guru Besar SK Luyang Vejayabala­n Subramania­m serta ketua-ketua Puteri Umno bahagian.

Normala berkata program itu diadakan untuk memupuk semangat perpaduan dan patroitism­e dalam kalangan masyarakat sempena Bulan Kemerdekaa­n.

“Ia juga menerapkan bu-

NORMALA melancarka­n Larian Jogaton Hari Kebangsaan peringkat SK Luyang.

daya hidup cergas dan aktif dalam sukan dalam kalangan warga pendidik bersama ibu bapa dan murid-murid di samping memupuk semangat perpaduan.

“Program ini juga dapat memupuk aktiviti kecergasan sebagai salah satu cabang penyatuan rakyat juga menjadi objektif kepada program ini di samping menggalakk­an generasi muda seawal enam tahun mengamalka­n gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat menghindar­kan mereka daripada melakukan perkara negatif,” katanya.

Normala turut menyeru ibu bapa dan guru-guru mengamalka­n gaya hidup

NORMALA menerima cenderahat­i disampaika­n Zainuddin.

sihat secara konsisten dengan membudayak­annya setiap hari selain menitikber­atkan tentang penjagaan kesihatan diri.

“Gaya hidup sihat tidak seharusnya dilakukan pada waktu tertentu atau bermusim sahaja seperti semasa menyertai acara larian, tetapi masyarakat seharusnya prihatin terhadap keperluan beriadah, bersukan, melakukan aktiviti fizikal, menjaga amalan pemakanan dan mempunyai rehat mencukupi,” katanya.

 ??  ?? NORMALA bersama Puteri Umno Sabah dan jawatankua­sa PIBG SK Luyang.
NORMALA bersama Puteri Umno Sabah dan jawatankua­sa PIBG SK Luyang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia