Utusan Borneo (Sabah)

KOMTOWA juara lagi

-

KOTA KINABALU: Pasukan Persatuan Tarik Tali Kota Marudu (KOMTOWA) muncul juara Tarik Tali 680kg di Keningau pada Ahad lalu untuk gelaran juara keduanya dalam tempoh seminggu. Menariknya, perlawanan akhir yang berlangsun­g di Padang Pekan Keningau sempena Festival Gegar Keningau itu mempertemu­kan KOMTOWA dan pasukan Persatuan Tarik Tali Penampang (PENTOWA) buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Ia umpama perlawanan akhir ulangan kerana keduadua pasukan juga beradu di final seminggu sebelumnya di Sandakan dan keputusan di Keningau juga sama.

Walaupun diberi tentangan sengit, KOMTOWA bertindak lebih garang untuk menang `straight set’ 2-0 kali ini.

Di Sandakan, KOMTOWA dipaksa bertarung sehingga ke set penentuan sebelum bergelar juara dengan kemenangan 2-1.

“Kami terpaksa sekali lagi akur dengan kekuatan KOMTOWA. Laluan sukar di separuh akhir menjejaska­n kekuatan kami di final.

“Apapun tahniah buat KOMTOWA. Paling penting, pertanding­an tarik tali ini terus menyajikan pertarunga­n sengit dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai walaupun kali pertama diadakan di padang Pekan Keningau,” kata presiden PENTOWA, Rainold J Mokujin ketika memberitah­u perkara itu di sini pada Selasa.

Menurutnya, kekuatan PENTOWA terjejas di final apabila dua penarik utamanya mengalami kecederaan semasa pertarunga­n separuh akhir menentang pasukan Surun, Tambunan.

“Pada separuh akhir, KOMTOWA menang mudah 2-0 ke atas pasukan Duyong Jantan Papar Cilipadi manakala kami, walaupun turut menang 2-0 ke atas Surun tetapi terpaksa berhempas pulas melakukann­ya.

“Dua penarik kami mengalami kecederaan di separuh akhir. Ini menjejaska­n kekuatan kami di final,” kata Rainold.

Surun dan Duyong janbtan adalah pemenang bersama tempat ketiga.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? PASUKAN KOMTOWA dan PENTOWA bergambar bersama sebelum bertarung pada final di padang pekan Keningau.
PASUKAN KOMTOWA dan PENTOWA bergambar bersama sebelum bertarung pada final di padang pekan Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia