Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Badminton Fleet Tertutup Sabah

APG: Tiga emas dari kolam renang

-

KUALA LUMPUR: Skuad renang para negara akhirnya memecah kebuntuan pingat emas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 apabila berjaya menuai tiga pingat emas pada hari kedua, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Pungutan pingat emas negara bermula dengan kuakan emas Anas Zul Amirul Sidi yang berjaya menghasilk­an kilauan emas bagi kategori 100 meter (m) gaya bebas lelaki S14.

Lebih manis kejayaan Anas itu disulami dengan catatan rekod baharu kejohanan iaitu 59.79s mengatasi rekod sebelum ini dengan 1 minit 2.88 saat yang dilakukan atlet Singapura, Benson Tan di Myanmar pada 2014.

Pingat perak diraih Benson yang ketinggala­n 1.59s manakala seorang lagi perenang negara, Zadrian Chan mengutip pingat gangsa dengan catatan 1:01.70s.

Emas kedua negara hadir menerusi Yoong Chung Wei yang beraksi dalam kategori 50m kuak kupu-kupu lelaki S14 apabila berjaya memintas Daniel Nugroho dari Indonesia yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa diraih atlet Thailand, M ong kolchai chanwi.

Tidak kurang hebatnya, Jamery Siga membuktika­n kehadiran beliau bukan sekadar pelengkap acara apabila turut menyumbang emas sekali gus mengunggul­i kategori 50m kuak kupukupu S5.

Pingat perak diraih atlet dari Myanmar, Maung Maung Soe manakala seorang lagi wakil negara, Muhammad Nur Syaiful yang beraksi dalam kategori berkenaan hanya berpuas hati untuk mengutip pingat gangsa.

Sementara itu, kontinjen negara turut menerima dua lagi koleksi pingat perak menerusi Jamery dalam kategori 200m gaya bebas lelaki S5 dan Julius Jaranding kategori 100m gaya bebas lelaki S12.

Jamery terpaksa tunduk dengan kehebatan Vo Thanh Tung dari Vietnam yang melakukan catatan masa 2:59.17s untuk pingat emas manakala pingat gangsa juga dimenangi atlet dari Vietnam, Danh Hoa.

Julius yang suatu ketika hampir melakukan kejutan, terpaksa akur di tempat kedua, ketinggala­n 1.70s di belakang atlet Indonesia, Menaser Meriba yang merangkul emas dan gangsa menjadi milik perenang Vietnam, Bui Van Tinh.

Dua lagi perenang negara iaitu James Wong dan Jaison Pengiran sekadar menghadirk­an pingat gangsa masingmasi­ng dalam kategori 100m kuak dada lelaki SB8 dan SB9. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? TIGA atlet renang negara yang mendapat pingat emas dalam acara renang iaitu Jamery Siga (tengah) dalam acara 200m kelas S5, Chung Wei Yong (kiri) dalam acara kuak kupu-kupu 50m dan Anas Zul Amirul Sidi dalam acara renang gaya bebas 100m kelas S14...
-Gambar Bernama TIGA atlet renang negara yang mendapat pingat emas dalam acara renang iaitu Jamery Siga (tengah) dalam acara 200m kelas S5, Chung Wei Yong (kiri) dalam acara kuak kupu-kupu 50m dan Anas Zul Amirul Sidi dalam acara renang gaya bebas 100m kelas S14...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia