Utusan Borneo (Sabah)

Larian The Borneo Post dan Yeo’s 2017 ditunda ke 3 Disember

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Larian 10 kilometer (km) The Borneo Post dan Yeo’s 2017 ditunda ke 3 Disember.

Pengurus Program Larian The Borneo Post dan Yeo’s June Gerald berkata, tarikh asal larian itu adalah pada 24 September ini, namun berikutan pertembung­an sebanyak tujuh larian yang diadakan pada Ahad ini, Larian The Borneo Post dan Yeo’s 2017 terpaksa ditunda.

“Bagaimanap­un, larian kali ini akan menggunaka­n tema ‘Pirate of Borneo Fun Run’ yang mana para peserta boleh memakai kostum berdasarka­n tema itu untuk berlari.

“Larian ini akan diadakan seawal jam 6 pagi bermula di pusat beli-belah Oceanus, di mana para peserta dikehendak­i berlari sehingga ke Tanjung Aru dan kembali ke pusat belibelah itu untuk menamatkan larian,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau berkata, larian berkenaan terdiri daripada kategori lelaki dan wanita terbuka, veteran dan pelajar.

“Untuk penyertaan kategori veteran, mereka haruslah berumur 45 tahun dan ke atas.

“Yuran penyertaan bagi kategori terbuka serta veteran adalah RM55 dan akan meningkat kepada RM70 selepas 500 penyertaan terawal.

“Manakala yuran penyertaan kategori pelajar sekolah adalah RM50 tanpa had penyertaan,” katanya.

Katanya, penyertaaa­n berkumpula­n juga dibuka yang mana yuran adalah sebanyak RM50 seorang.

June berkata, penyertaan berkumpula­n itu haruslah lebih daripada 10 orang sekumpulan dan setiap penyertaan juga akan diberikan satu pingat dan baju T.

Borang penyertaan boleh diperoleh di pejabat Wild Borneo Likas Driving Range atau menghubung­i talian 088-204130/019-9066505 dan melalui akaun Facebook ‘Heal The World Run Series’.

Turut hadir, Pengurus Sokongan Kawasan Kumpulan See Hua Tie King Hoh, Pengurus Kanan Pemasaran See Hua Marketing (Sabah) Sdn Bhd Wong Pak Ing, Penasihat Program Dr Raymond Alfred, Ranjer Sekolah Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd Sabah Chew Suat Mei dan Pengurus Jualan Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd Sabah Candy Pang.

Dalam acara itu, Yeo’s akan menyediaka­n minuman yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia Timur iaitu Yeo’s Jasmine Green Tea kepada semua peserta larian.

Yeo’s juga menawarkan harga istimewa kepada peserta larian apabila mereka membuat pembelian di gerai jualan Yeo’s yang disediakan sepanjang acara itu berlangsun­g.

Bersama-sama dengan Yeo’s dalam menjayakan larian berkenaan adalah Wanfa, Mee Daddy dan Wild Borneo sebagai pengurus program.

 ??  ?? TIE (tiga kiri), June (kiri), Candy (dua kiri), Wong (dua kanan), Chew (tiga kanan) dan Raymond (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bagi mempromosi­kan larian itu.
TIE (tiga kiri), June (kiri), Candy (dua kiri), Wong (dua kanan), Chew (tiga kanan) dan Raymond (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bagi mempromosi­kan larian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia