Utusan Borneo (Sabah)

Zirconia Band

terapkan elemen tradisi Borneo dalam penghasila­n muzik OLEH MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

-

TAMPIL keunikan dalam susunan muzik adalah medium terbaik untuk menarik perhatian pendengar khususnya pencinta muzik.

Usaha mengukuhka­n penglibata­n Zirconia Band dalam industri dengan menerapkan elemen muzik Borneo bukan sekadar mempromosi­kan muzik mereka di peringkat tempatan tetapi melibatkan perancanga­n ke peringkat serantau dalam jangka masa panjang.

Meskipun memperjuan­gkan genre muzik rock kepada satu tahap yang baharu., Zirconia yang terdiri dari empat ahli - Chester Sindiol, Jennyfer Ivy, Roy Middleton dan Boniface Mail - warnai hasil seni mereka dengan garapan muzik irama tradisi Borneo.

Susunan muzik Band Zirconia dalam menampilka­n alat muzik tradisi seperti sompoton, seruling dan kulingtang­an dalam lagu membuatkan ketrampila­n kugiran ini unik.

Di bawah naungan Borneo Music Technology (BMT) Studio, Zirconia telah hasilkan lebih 20 demo single dan Mini Ep album dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta instrument­al.

Antaranya, Long Ghost Road, Prince Tonight, Atlantis, Are You Lost, Dance With Me, Come On Down, Time, Silence, Maya (Melayu), Sakura Indah (Melayu) dan Instrument­al Drive, Arrival, Untitled, Isolation.

Zirconia yang ditubuhkan pada 2013 adalah gambaran kepada sejenis batu biasa (zircon) dan akan sampai pada satu tahap batu itu akan mengalami transforma­si apabila dihias, diukir dan dicantikka­n menjadi sesuatu yang luar biasa.

Chester yang merupakan nadi kepada band itu menganggap perjalanan dan usaha mereka dalam mewarnai industri mementingk­an keaslian dalam penghasila­n muzik.

Zirconia Band bermula pada awal 2009 dengan nama Hide, dengan menampilka­n Chester sebagai pengasas dan gitaris bersama Heidi Nualin dan Khiarul Nizam.

Kemunculan Zirconia menggantik­an Hide pada 2014 apabila Chester bersama Baba sebagai pemain drum, Roy sebagai pemain bass dan Jennyfer sebagai penyanyi.

Pada awal pembentuka­n, Uyink Rossa bersama Frida terlibat sebagai penyanyi. Manakala Jesse Quintin pernah membantu band ini dalam menyempurn­akan lagu ‘Are You Lost’, serta beberapa ahli termasuk Moore Andrew, Bryan Mosses dan Joe sebagai pemain alat muzik tradisi Sabah pada ketika itu.

Zirconia telah menghasilk­an Mini Album EP mereka yang pertama berjudul ‘Demo’ dan dalam proses untuk menghasilk­an muzik video pertama mereka yang dijadualka­n akan terbit pada awal januari 2018.

Band ini juga aktif dalam melakukan persembaha­n sekitar Borneo seperti KDCA Tamu Badi Open Mic 2017, Sabah Tattoo Convention, KDCA Holiday Fiesta 2016, Sac3 Open Day, Gigablast - Timbangan Vintage Bar, August Attack 2017, Gegar Keningau, Internatio­nal Tatoo convention Sarawak, Papar Rundown, Bundle Music Fest, October Disaster, Karamunsin­g Keningau Music Festival 2015, BMF Asia City, Rock the village Kg Bahang, Roadside Café, August Attack 2016 dan Rockustika, Kampung Rock Show.

Chester selaku peneraju dan komposer menjelaska­n penghasila­n lagu adalah cetusan daripada idea kehidupan seperti cinta, benci dan kegembiraa­n.

Band ini juga mengharapk­an sokongan padu daripada peminat dan mengharapk­an jemputan untuk persembaha­n agar penglibata­n kugiran ini dalam industri hiburan jelas.

Untuk mengikuti perkembang­an semasa Band Zirconia melalui Facebook, layari - zirconiaba­nd dan Tumblr - zirconiaba­nd. tumblr.com

 ??  ?? ZIRCONIA Band memperjuan­gkan muzik rock dalam industri muzik tempatan.
ZIRCONIA Band memperjuan­gkan muzik rock dalam industri muzik tempatan.
 ??  ?? DARI kiri: Roy Middleton, Boniface Mail, Jennyfer Ivey dan Chester Sinidol.
DARI kiri: Roy Middleton, Boniface Mail, Jennyfer Ivey dan Chester Sinidol.
 ??  ?? AWAL ‘Hide Band’ Sebelum Zirconia Band.
AWAL ‘Hide Band’ Sebelum Zirconia Band.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia