Utusan Borneo (Sabah)

S’wak perlukan 7,282 doktor untuk setanding dengan nisbah kebangsaan

-

KUCHING: Sarawak memerlukan 7,282 doktor untuk setanding dengan nisbah kebangsaan, dengan populasi yang dijangkaka­n seramai tiga juta orang menjelang 2020.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata ketika ini, di Sarawak nisbah doktor kepada populasi adalah 1:800 manakala Malaysia sekarang mempunyai nisbah doktor kepada populasi 1:656, dengan sasaran mencapai nisbah 1:400 menjelang 2020.

Selain itu, katanya daripada 3,282 doktor yang berkhidmat di negeri ini, hanya 70 peratus adalah rakyat Sarawak.

“Kekurangan doktor dianggarka­n seramai 4,350 orang. Kerajaan negeri ingin sekali memperbaik­i angka 70 peratus warga Sarawak itu kepada peratus yang lebih tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak kepada seramai 40 pelajar program perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, Isnin.

Justeru, Azmi menjelaska­n bahawa disebabkan jurang yang besar ini, kerajaan negeri menerusi kawatankua­sa kabinet bagi prestasi dan transforma­si penyampaia­n perkhidmat­an telah mengiktira­f kekurangan doktor perubatan sebagai salah satu bidang keberhasil­an utama di bawah sektor kualiti pendidikan dan modal insan yang memerlukan campur tangan kerajaan.

Katanya jawatankua­sa ini memutuskan keperluan untuk mewujudkan program khas bagi melatih lebih ramai pelajar perubatan selain daripada pengambila­n pelajar perubatan biasa oleh kerajaan persekutua­n.

“Dalam erti kata lain, kerajaan negeri akan menyediaka­n biasiswa dalam bidang ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia