Utusan Borneo (Sabah)

Kem Tahunan PSSTLDM beri impak positif kepada latihan masa depan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Kem Tahunan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) yang pertama kali diadakan membantu memberikan anggota lebih fokus dan efektif terhadap latihan yang akan diadakan pada masa hadapan.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata kem tahunan itu diadakan di Sabah selari dengan penubuhan dua markas iaitu Armada Barat dan Armada Timur, April lalu.

Katanya kem yang disertai seramai 106 anggota dari seluruh unit Sabah dan Sarawak itu memberikan impak positif kepada latihan, sumber manusia, logistik dan pentadbira­n PSSTLDM.

“Melalui latihan sepanjang kem tahunan diadakan, peserta akan dapat memahami tugas sebenar anggota TLDM dalam menjaga perairan negara semasa pendedahan tugas anggota TLDM sebenar di perairan Sabah Timur.

“Kita juga memberi peluang kepada anggota PSSTLDM melihat lebih dekat simulasi Latihan Kapal Selam yang hanya terdapat di Armada Timur,” katanya.

Tambahnya anggota PSSTLDM turut didedahkan dengan pelaksanaa­n beberapa latihan semasa pelayaran bersama Kapal Diraja (KD) Kedah dan Bunga Mas 5.

“Penganjura­n kem tahunan ini menumpukan penilaian keberkesan­an latihan yang diadakan di unit masing-masing dengan pelaksanaa­n latihan bersepadu terhadap anggota.

“Dalam masa sama, ia juga akan memberi peluang kepada anggota mendapat pelbagai kemahiran dan pendedahan sepanjang penglibata­n bersama penyertaan anggota PSSTLDM dalam jumlah yang ramai,” katanya.

Beliau berkata kem tahunan yang dekat kepada anggota di Sabah dan Sarawak merekodkan penyertaan yang ramai berbanding di Semenanjun­g yang hanya disertai kira-kira 50 orang bagi setiap sesi.

“Peningkata­n dari segi jumlah kehadiran anggota turut menunjukka­n satu perkara positif apabila kita dapat menjimatka­n kos penerbanga­n yang dianggarka­n mencecah RM80,000 setiap kali kem tahunan diadakan di Semenanjun­g,” katanya.

Menurutnya kem tahunan berjaya menyahut seruan kerajaan dalam memperkasa­kan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berikutan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Bom badan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tuaran, Ikatan Relawan Malaysia Tuaran dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching.

Tambahnya kem tahunan yang diadakan bermula 17 hingga 24 September ini akan dikekalkan di Sabah pada tahun hadapan.

 ??  ?? ANGGOTA PSSTLDM merakamkan gambar kenangan semasa Kem Tahunan PSSTLDM di Sepanggar.
ANGGOTA PSSTLDM merakamkan gambar kenangan semasa Kem Tahunan PSSTLDM di Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia