Utusan Borneo (Sabah)

Jangan abai pendidikan anak: Ghapur

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU:Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Haji Salleh mengingatk­an masyarakat, khususnya yang berada di luar bandar, supaya tidak sesekali mengabaika­n aspek pendidikan anak-anak mereka.

Tanpa pendidikan katanya, golongan muda itu sudah tentu sukar bersaing mengejar kejayaan dan negara juga akan kerugian kerana ketandusan golongan berilmu yang bakal mewarisi kepimpinan di masa hadapan.

“Jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan kita tidak menghantar anak ke sekolah. Hari ini kerajaan telahpun menyediaka­n pelbagai bentuk bantuan, demi memastikan rakyat di negara kita mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya.

Tambahnya, Umno Bahagian Kalabakan juga turut bersedia membantu mana-mana pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam pelajaran mereka, tetapi tidak berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kalau ada pelajar cemerlang yang dapat 5A ke atas tetapi keluargany­a tidak mampu, maklumkan kepada kita dan kita akan bantu sampai ke menara

gading,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Rural

Education Out Reach anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2017 di SMK Kalabakan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Ghapur turut menyeru masyarakat supaya terus bersatu-padu dan tidak sesekali mendengar dakyah perpecahan yang disebarkan oleh golongan tidak bertanggun­gjawab.

Menurutnya, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat, tidak terkecuali kepada penduduk yang tinggal di luar bandar.

Mengenai program itu, beliau memuji penganjura­nnya dan berharap program seumpama itu akan diadakan dengan lebih kerap di masa-masa akan datang.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat dan Adun Sebatik Datuk Abdul Muis Picho.

 ??  ?? GHAPUR semasa menyampaik­an cendera kenangan kepada para peserta pameran pendidikan.
GHAPUR semasa menyampaik­an cendera kenangan kepada para peserta pameran pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia