Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan raih dua anugerah My Digital Maker 2017

-

SMK Labuan meraih dua anugerah pada #mydigitalm­aker Fair yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu dan Ahad.

Dua anugerah itu ialah The Most Dedicated School Award Level Up @ Schools #MyDigitalM­aker (Penyertaan Tertinggi) dan The Best Project of #MyDigitalM­aker Computer Club Award (Projek Terbaik).

Pasukan SMK Labuan yang dibarisi tiga pelajar Tingkatan Satu, Howard Hii Dai Jie, Chan Zuan Qin dan Teo Chung Henn mendapat bimbingan Siow May Yun.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah bersyukur di atas kejayaan pelajar SMK Labuan yang dapat bersaing dan mengatasi 70 sekolah yang lain.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan yang memberi peluang kepada pelajar menyertai program itu.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK Labuan yang memenangi dua anugerah pada My Digital Maker 2017. Kejayaan itu hasil bimbingan Siow May Yun serta sokongan ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan pasukan SMK Labuan di Lapangan Terbang Labuan pada Isnin.

Turut menyambut rombongan SMK Labuan itu ialah Ketua Unit Kokurikulu­m JPWPL Subari Dwar, Penyelia Kelab dan Persatuan Asmawi Haji Ahmad, Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Labuan Ag Rozlan Manan dan PK Kokurikulu­m SMK Labuan Cheah Teong Aik.

Pada pertanding­an itu, SKK SK St Anne memenangi anugerah The Best Project of #MyDigitalM­aker Computer Club Award (Projek Terbaik) kategori sekolah rendah.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementeria­n Pendidikan Malaysia Haji Zaidi Yazid.

Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia serta rakan industri dan akademia sedang rancak melaksanak­an satu inisiatif nasional yang dinamakan mydigitalm­aker yang telah dilancarka­n oleh Perdana Menteri pada 11 Ogos 2016.

Inisiatif #mydigitalm­aker bertujuan memupuk minat serta meningkatk­an keupayaan kreativiti serta inovasi digital dalam kalangan murid sekolah, khususnya, dan belia Malaysia, secara amnya.

Ia juga untuk menyokong pelaksanaa­n kurikulum baru TMK KSSR dan KSSM yang bermula 2017 secara berfasa yang memberi penekanan kepada pemikiran komputasio­nal dan elemen sains komputer.

Pelbagai program sedang dan akan dilaksanak­an melalui inisiatif #mydigitalm­aker yang antaranya adalah pelaksanaa­n KelabKelab Pengerak Digital & Duta Pengerak Digital (kokurikulu­m).

Bagi menyemarak­kan inisiatif itu, program Level Up @Schools telah dilaksanak­an di 70 sekolah menengah terpilih.

Program perkongsia­n pintar antara Malaysia Digital Economy Corporatio­n dan pihak industri yang menawarkan pembanguna­n aplikasi permainan video melalui pelbagai platform (cross-platform video game engine) itu bertujuan meningkatk­an kemahiran berfikir aras tinggi, inovasi digital dan kreativiti pelajar.

Di samping itu, program juga memberi pendedahan awal kepada murid berkaitan peluang kerjaya dalam industri kreatif multimedia dan permainan video. Pada akhir program, diharapkan pelajar berupaya membina permainan video.

Merujuk kepada program Level Up @Schools yang dijalankan pada Februari sehingga Julai 2017, pelajar disarankan untuk menyertai Level Up @Schools Game Awards.

Pertanding­an itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Permainan Video Terbaik, Anugerah Penyertaan Tertinggi dan Anugerah Pelatih Terbanyak.

Permainan video terbaik berpeluang mempamerka­n ‘game’ mereka pada acara #mydigitalm­aker Fair yang berlangsun­g di KLCC itu.

 ??  ?? SIOW May Yun (kiri) bersama pelajar SMK Labuan yang meraih dua anugerah My Digital Maker 2017.
SIOW May Yun (kiri) bersama pelajar SMK Labuan yang meraih dua anugerah My Digital Maker 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia