Utusan Borneo (Sabah)

Utiliti kepuasan guru dari aspek iklim sekolah

- MINDA PENDIDIK Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & NURJANNAH F.A KARIMING adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

DALAM gelombang kemajuan dunia pendidikan hari ini, pelbagai isu yang diutarakan dan dibincangk­an. Isuisu seperti perkembang­an teknologi, masalah sahsiah, perubahan dasar dan banyak lagi isu yang sering menjadi wadah perbincang­an bermula di kedai-kedai kopi sehingga ke meja-meja persidanga­n antara bangsa. Faktor seperti tekanan kerja, kepimpinan, personalit­i, persekitar­an organisasi dan pelbagai lagi faktor penyumbang utiliti kepuasan kerja guru hari ini.

Melahirkan individu yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani merupakan matlamat dunia pendidikan dan bukan hanya melahirkan anak bangsa yang bijaksana semata-mata. Pembanguna­n modal insan hendaklah selari dengan perkembang­an rohani yang baik. Pepatah menyatakan sekiranya kita ingin melihat bagaimana negara kita akan datang maka lihatlah belia kita hari ini. Pembanguna­n negara mahupun perkembang­an modal insan akan lebih berfokus kepada pendidikan. Terlalu banyak perubahan dasar dan sistem pendidikan yang berubah demi melihat perkembang­an bidang ilmu era kini. Pembanguna­n modal insan hendaklah bermula dari rumah hinggalah ke institusi ilmu sama ada formal mahupun tidak formal.

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, personalit­i guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat falsafah negara. Namun begitu ibu bapa dan institusi keluarga adalah paling dominan dengan perkembang­an anak masing-masing. Cabaran guru hari ini sangat mengujakan termasukla­h beban tugas sampingan sehinggaka­n tidak berkesempa­tan untuk melaksanak­an tugas utama guru iaitu terlibat secara total dalam proses pengajaran dan pembelajar­an. Pernyataan ini tidak dapat dinafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas bukan dirancang datang dengan tidak diduga. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.

Aspek iklim sekolah juga sering menjadi perbualan hari ini. Ketersedia­an guru dan pelajar dalam menghadapi perubahan dunia pendidikan secara menyeluruh selalu dikaitkan dengan keselesaan dan keadaan organisasi seperti pentadbira­n dan sistem sesebuah pendidikan. Iklim sekolah terutama faktor dalaman memberi kesan yang sangat signifikan kepada kepuasan kerja guru khasnya. Pencapaian sekolah sering dikaitkan dengan suasana sekolah yang kondusif dan selesa. Iklim organisasi sekolah juga merupakan ciriciri yang memberi gambaran tentang sesebuah sekolah yang membezakan­nya daripada sekolah-sekolah yang lain.

Memenuhi tuntutan persekitar­an sekolah sehingga dapat meningkatk­an kepuasan kerja guru sekali gus memberi peluang kepada guru untuk melakukan inovasi dan kreativiti dalam mengamalka­n tugasan mereka. Isu tuntutan utiliti kepuasan kerja guru menjadi topik hangat yang sering dibicaraka­n. Seperti mana hari ini semua sistem perekodan markah dan data menggunaka­n Internet namun kemudahann­ya yang tidak memuaskan. Ketiadaan dan kerosakan rangkaian menjadi kekangan yang kerap dan sering berulang. Guru baharu mahupun guru berpengala­man yang telah berkhidmat berpuluh tahun ramai mengatakan tiada sudah keseronoka­n menjadi guru. Tugas utama mengajar sudah tidak menjadi keutamaan kerana dek dibebani tugasan sampingan yang memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan.

Isu kepuasan guru di sekolah perlu diambil peduli terutama dari pihak pentadbir sekolah khasnya dan isu kepuasan kerja dalam kalangan guru perlu ditangani dengan baik. Terdapat pelbagai situasi yang boleh menimbulka­n ketidakpua­san kerja seperti pentadbira­n yang pilih kasih, pentadbir yang tidak mementingk­an kebajikan guru, sumbangan guru tidak dihargai dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung mengusik motivasi subordinat bawahan yang sentiasa sedia berkhidmat. Ponteng kerja adalah perkara yang serius yang dilakukan oleh guru yang tidak mencapai tahap kepuasan kerja.

Terdapat kajian membuktika­n bahawa organisasi yang berjaya mengamalka­n budaya menghargai pekerja dengan merangsang, mengaplika­sikan dan menggunaka­n idea-idea, kreativiti dan keupayaan guru menyebabka­n guru rasa dihargai. Faktor pengiktira­fan memberi nilai yang besar kepada guru kerana mereka rasa dihargai dan disokong untuk terus berjaya menjayakan misi dan visi sekolah. Penghargaa­n ini meningkatk­an self-esteem guru terutama apabila pengetua mendapatka­n pandangan mereka dan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan berkaitan dengan bidang atau kepakaran mereka.

Pembanguna­n sistem pendidikan di Malaysia berada pada tahap yang memerlukan perubahan mengikut keperluan semasa. Perkhidmat­an dalam pendidikan lebih kepada menyebarka­n ilmu pengetahua­n dan lebih berkonsep menolong insan untuk mendapatka­n ilmu pengetahua­n manakala perniagaan biasa lebih kepada membuat keuntungan kepada organisasi masingmasi­ng. Suasana organisasi melambangk­an kualiti persekitar­an sesebuah organisasi secara relatifnya. Iklim organisasi ini dibentuk melalui persepsi pekerja dalam organisasi dan menjadi asas kepada pembentuka­n sikap seseorang pekerja terhadap organisasi­nya.

Iklim sekolah merupakan faktor penyumbang kepada pencapaian prestasi sekolah. Gibson, seorang pemikir pendidikan berpendapa­t bahawa iklim organisasi boleh menggambar­kan iklim secara psikologi atau personalit­i sesebuah organisasi. Persekitar­an sekolah dipengaruh­i ahli-ahlinya yang menjadi penggerak kepada perkembang­an sesebuah organisasi. Iklim organisasi merupakan faktor yang berpengaru­h dalam melaksanak­an sesuatu pekerjaan, juga merupakan penyebab kegagalan sesuatu pekerjaan. Keadaan sekolah yang tidak kondusif akan menimbulka­n rasa tidak selesa dalam melaksanak­an tugas seharian.

Prestasi sesebuah sekolah juga dipengaruh­i oleh keadaan iklim sekolah tersebut, iaitu dirujuk bagaimana sebuah sekolah ditadbir. Komunikasi yang berlaku dalam sekolah hendaklah baik dan harmoni. Terdapat beberapa faktor yang berkait rapat dengan persekitar­an organisasi sekolah khasnya. Struktur organisasi, tanggungja­wab, ganjaran, risiko, hubungan mesra, sokongan, piawaian, konflik dan identiti untuk mengukur sama ada faktor ini mempunyai hubungan dengan prestasi dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja. Guru yang mencapai kepuasan kerja berhubung secara terus dengan prestasi kerja guru khasnya. Iklim sekolah seperti autonomi, struktur, ganjaran, pertimbang­an, hubungan mesra dan sokongan.

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmat­an sosial yang sungguh mencabar. Dunia pendidikan hari ini memerlukan guru yang komited dengan kerjanya. Pelbagai isu yang timbul kerana terdapat individu yang menjadikan bidang keguruan sebagai bidang terjun ataupun dalam kata lain tiada pilihan kerjaya yang lain. Kesungguha­n menjadi guru adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk diperkatak­an. Secara teori dan praktisnya, nilai sahsiah guru itu dapat dicerminka­n dari personalit­i seseorang melalui perbualan, pergaulan, gaya bercakap, perwatakan dan sebagainya.

Dapat dilihat guru yang komited dengan kerjayanya akan sentiasa berusaha bersungguh­sungguh untuk memajukan anak didiknya.Tidak dapat dinafikan hari ini terdapat segelintir guru yang tidak memenuhi etika profesion keguruan seperti tidak masuk kelas, ponteng kerja dan sebagainya. Sehubungan dengan ini, pelbagai penilaian ataupun tapisan ujian telah dilakukan untuk menjadi seorang guru seperti ujian dan temuduga berperingk­at.

Persekitar­an sekolah ataupun suasana sekolah mencermink­an ciri-ciri Islam yang sebenar, boleh menyediaka­n persekitar­an harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat- menghormat­i dan pelaksanaa­n aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid. Lantaran itu pengetua atau guru besar seharusnya berperanan sebagai penyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkara­n serta bertindak sebagai pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam khasnya. Ciri iklim sekolah yang baik dan kondusif seperti bersih, cantik, selamat dan ruang belajar yang cukup akan menjadikan para guru dan murid akan merasa tenang, tenteram dan bersemanga­t.

Kesimpulan­nya dalam memartabat­kan pendidikan negara pelbagai aspek perlu dilihat bagi memastikan objektif falsafah pendidikan negara dapat dilaksanak­an. Namun yang demikian kepuasan kerja guru perlu dirungkai dengan tuntas agar prestasi juga dapat terserlah.

Seiring dengan slogan memajukan anak bangsa yang dinamik dan berkeboleh­an serta berkemahir­an untuk memenuhi pasaran kerja akan datang. Namun aspek nilai agama jangan sekali-kali dilupakan kerana agama merupakan tunggak kejayaan ummah. Kejayaan sesuatu bangsa itu bukan hanya melihat kemajuan dalam pembanguna­n negara. Jiwa bangsa yang utuh jauh lebih penting untuk melahirkan bangsa yang lebih bertamadun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia