Utusan Borneo (Sabah)

80 hadiri Seminar Mobilisasi Komuniti Zero Aedes

-

KOTA KINABALU: Hampir 80 orang dari seluruh kawasan Kota Kinabalu telah menghadiri Seminar Mobilisasi Komuniti Zero Aedes (Mobikom) yang diadakan di Pusat Pembelajar­an DBKK Kingfisher.

Seminar yang dirasmikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai itu turut dihadiri pegawai dari Jabatan Kesihatan.

Tiga ceramah diberikan iaitu Ovitrap Index Lokaliti oleh Ahli Serangga Unit Vector Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu Arthur Dominic,SituasiKes­Demam Denggi Kota Kinabalu oleh Pegawai Perubatan Unit Vector Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu Dr Nursyahida Md Taib serta Anti Kutu Sampah dan Micro Enterprise oleh Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitar­an DBKK Norlizawan­a Matin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Yeo berkata berkata seminar itu memberikan faedah kepada semua peserta bagi menimba ilmu pengetahua­n yang amat penting dan mendapat kesedaran berhubung kebersihan di kawasan masing-masing.

Beliau meminta para peserta supaya dapat menghayati dengan betul tentang apa yang diperkata dan disampaika­n oleh para penceramah.

“Semua peserta dengan sendirinya dapat membantu pihak DBKK dan Jabatan Kesihatan di sekitar Kota Kinabalu bagi melaksanak­an pembersiha­n persekitar­an,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kota Kinabalu Dr Jiloris @Julian Frederick Dony mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terpilih untuk hadir ke seminar berkenaan.

Katanya, semua komuniti haruslah sentiasa melaksanak­an gotongroyo­ng agar semua tempat menjadi bersih dan masyarakat akan sihat dan sejahtera.

Sementara itu, Yeo menyerahka­n peralatan dan perkakas gotong-royong kepada ketua-ketua Combi dan perwakilan yang hadir.

Combi Kawasan Taman Sepanggard­iwakili Pengerusi Amat Jutrah Haji Musnih, Timbalan Pengerusi Haji Manap Haji Jainudin dan Bendahari Rogaya Ahmad.

Majlis berakhir pada jam 12 tengahari.

Amat Jutrah mengalualu­kan program seumpama itu kerana ia mampu menyedarka­n masyarakat setempat mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan dan keselamata­n di kawasan perumahan.

 ??  ?? AMAT Jutrah (kanan) bersama Thein Shin Hin dari Kepayan dan Pemaju Mukim Karambunai Awang Petra.
AMAT Jutrah (kanan) bersama Thein Shin Hin dari Kepayan dan Pemaju Mukim Karambunai Awang Petra.
 ??  ?? NORLIZAWAT­I MATIN
NORLIZAWAT­I MATIN
 ??  ?? ATHUR DOMINIC
ATHUR DOMINIC
 ??  ?? DR NURSYAHIDA MD TAIB
DR NURSYAHIDA MD TAIB
 ??  ?? PESERTA Combi dari Taman Sepanggar, Manap (kiri) dan Rogaya.
PESERTA Combi dari Taman Sepanggar, Manap (kiri) dan Rogaya.
 ??  ?? YEO merasmikan seminar berkenaan.
YEO merasmikan seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia