Utusan Borneo (Sabah)

Protes ganas antikomuni­s jejas Jakarta

-

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan 22 orang lewat kelmarin selepas sekumpulan orang ramai bertempur ganas dengan polis dalam protes antikomuni­s di bandar utama Jakarta.

Kerajaan Presiden Joko Widodo telah cuba untuk membetulka­n penghapusa­n antikomuni­s berdarah pada 1965, salah satu zaman kegelapan dalam sejarah negara, namun ketegangan kekal sepanjang penyingkir­an di mana dianggarka­n 500,000 terkorban.

“Orang ramai tidak boleh melaksanak­an undang-undang dengan tangan mereka sendiri, mereka mesti merujuk kepada pihak penguatkua­saan undang-undang,” tegas Widodo menyatakan selepas pertempura­n tersebut.

Fahaman komunisme diharamkan di Indonesia dan mana-mana pihak yang menyokong dilayan penuh kecurigaan dan disisihkan.

Lima anggota polis cedera dalam perbalahan ketika sekumpulan kira-kira 200 berkumpul di luar Yayasan Bantuan Perundanga­n yang mengadakan seminar mengenai pembunuhan 1965 pada hujung minggu.

Para penunjuk perasaan melontar batu dan botol air manakala polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai, menurut media.

Para aktivis menyeru pihak berkuasa mengawal acara sebegitu dan meminta orang awam melihat sejarah dari pandangan kritikal.

“Sikap menindas dan membenarka­n anarkis untuk mengancam hak asasi orang lain akan melumpuhka­n demokrasi kita,” tegas suruhanjay­a hak asasi manusia.

Kebangkita­n antikomuni­s bermula lewat 1965 selepas jeneral ketika itu Suharto dan pihak tentera memegang kuasa selepas rampasan kuasa komunis yang dibatalkan.

Sejuta atau lebih dipenjarak­an kerana disyaki anggota komunis.

Kerajaan selepas Suharto enggan menerima anggaran kematian dan mengelak daripada memohon maaf.

Tentera yang dituduh aktivis terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia yang teruk semasa kebangkita­n 1965, mengecam sebarang usaha penyatuan semula.

Ketua tentera Gatot Nurmantyo tahun ini mengarahka­n sebuah filem propaganda era-Suharto ditayangka­n kepada anggota tentera di seluruh negara sempena ulang tahun rampasan kuasa yang gagal pada 30 September, 1965, malam sebelum keganasan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia