Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan tiada penghujung­nya

Semangat kental mantan Adun Matunggong dipuji

-

MATUNGGONG: Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Datuk Johnny Mositun memuji semangat kental Ketua Bahagian PBS Matunggong yang juga mantan Adun Matunggong Sarapin Magana yang tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu, namun masih setia dan menyokong parti serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, semangat seumpama itulah yang amat dialu-alukan dalam kalangan ahli parti komponen sebagai contoh kepada generasi akan datang apabila sudah bersara dari arena politik.

Menurutnya, memperjuan­gkan agenda parti dan kerajaan terlalu jauh dan tiada penghujung­nya serta banyak halanganny­a.

“Sebagai pemimpin masa kini, sekiranya kita tidak tabah sudah pasti kita tidak mampu memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n itu.

“Justeru, dalam kesempatan ini saya mengajak rakan-rakan ahli parti dalam komponen BN agar berganding bahu membantu satu sama lain serta sentiasa membuat pilihan yang terbaik dalam membangunk­an bersama negeri kita yang terKOTA cinta ini.

“Saya juga menasihatk­an agar semua ahli parti komponen BN tidak mudah terpedaya oleh pujuk rayu pembangkan­g yang sengaja mahu mencari kesilapan pemimpin dan kerajaan supaya mengikut cara mereka yang belum pasti boleh membantu rakyat jelata,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speakar Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ketua PBS Bahagian Pantai Manis berkata demikian di majlis pelancaran Mesyuarat Agung Serentak PBS DUN Matunggong dan Tanjung Kapor di Dewan Terbuka Matunggong.

Terdahulu, Ketua Bahagian PBS Matunggong Sarapin Magana berkata, meskipun beliau tewas pada pilihan raya lalu namun dia tetap bekerja keras membantu PBS membangunk­an Matunggong.

Katanya, PBS DUN Matunggong dianggotai kira-kira 10,200 ahli daripada 151 cawangan yang berdaftar tewas pada PRU lalu disebabkan mahu mencuba sesuatu yang baharu tetapi tidak memikirkan risikonya.

“Rakyat Matunggong tidak sewajarnya berkata kerajaan BN tidak baik. BN adalah sebuah parti dan kerajaan yang terbaik berbanding pembangkan­g.

“Sehubungan itu, melalui persidanga­n ini saya menyeru kepada rakan-rakan dalam PBS Matunggong agar tidak mengulangi kesilapan itu kerana ia hanya akan melambatka­n proses membangunk­an daerah kecil ini kepada sebuah daerah penuh yang berdaya saing dalam kepelbagai­an,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Adun Tandek dan Ketua Wanita PBS Pusat Datuk Anita Baranting, Naib Presiden yang juga Ketua PBS Bahagian Pitas selaku Pengerusi Tetap Persidanga­n PBS Bahagian Matunggong Dato’ Ng Loi Tect, Ketua Penerangan PBS Pusat merangkap Ketua Bahagian PBS Tamparuli Datuk Jahid Jahim dan Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Taong.

“Saya juga menasihatk­an agar semua ahli parti komponen BN tidak mudah terpedaya oleh pujuk rayu pembangkan­g yang sengaja mahu mencari kesilapan pemimpin dan kerajaan supaya mengikut cara mereka yang belum pasti boleh membantu rakyat jelata. DATUK JOHNNY MOSITUN Setiausaha Agung PBS Pusat

 ??  ?? MOSITUN memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai gimik perasmian mesyuarat agung serentak itu.
MOSITUN memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai gimik perasmian mesyuarat agung serentak itu.
 ??  ?? PENGERUSI Penganjur Wellson Magusun (enam dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mositun.
PENGERUSI Penganjur Wellson Magusun (enam dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Mositun.
 ??  ?? MOSITUN menaikkan bendera PBS bagi memperinga­ti ulangtahun ke32 PBS Matunggong.
MOSITUN menaikkan bendera PBS bagi memperinga­ti ulangtahun ke32 PBS Matunggong.
 ??  ?? MOSITUN memimpin laungan ‘Bersatu’ sebanyak tiga kali.
MOSITUN memimpin laungan ‘Bersatu’ sebanyak tiga kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia