Utusan Borneo (Sabah)

Sorok dadah dalam kasut: Polis tahan penagih, rampas syabu

Polis tahan penagih, rampas syabu bernilai RM2,500

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota polis berjaya menahan seorang penagih yang menyorokka­n syabu bernilai RM2,500 di dalam kasutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata suspek warga tempatan berumur 46 tahun terbabit ditahan di tepi Jalan Sepanggar kira-kira jam 5 petang Isnin.

“Semasa ditahan untuk tujuan pemeriksaa­n suspek bertindak agresif dengan melarikan diri ” daripada anggota kita ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

“Siasatan awal mendapati anggota kita yang menjalanka­n rondaan mengesan suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigak­an.

“Semasa ditahan untuk tujuan pemeriksaa­n suspek bertindak agresif dengan melarikan diri daripada anggota kita.

“Suspek bagaimanap­un gagal berbuat demikian selepas berjaya dikejar sebelum ditangkap oleh anggota polis terbabit,” katanya.

Chandra berkata semasa operasi menahan suspek terbabit anggotanya terpaksa berhadapan tindakan agresif yang ditunjukka­n suspek di lokasi kejadian.

“Sebaik ditahan anggota kita berjaya menjumpai dadah jenis syabu seberat 25 gram yang disorokkan di dalam kasut suspek.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut turut mendapati suspek pernah terbabit penyalahgu­naan dadah dengan keputusan yang positif terhadap ujian air kencing dan ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya merampas syabu yang dianggarka­nbernilaiR­M2,500. Suspek dan motosikaln­ya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutny­a.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? SUSPEK yang ditahan polis.
SUSPEK yang ditahan polis.
 ??  ?? PAKET dadah seberat 35 gram berjaya dirampas yang disorok di dalam kasut suspek.
PAKET dadah seberat 35 gram berjaya dirampas yang disorok di dalam kasut suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia