Utusan Borneo (Sabah)

Curi tayar bersama rim, lelaki dipenjara 24 bulan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencuri dua tayar bersama rimnya dikenakan penjara 24 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Stephanie SherronAbb­iemenjatuh­kan hukuman itu terhadap Yusuf Maskir, 55, selepas mengakuber­salahmengi­kut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara setahun hingga tujuh tahun dan dengan denda.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 17 September jam 5.30 petang, di sebuah rumah Kampung Kionsom, Inanam, di sini.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat laporan polis dan menyatakan rumahnya dimasuki dua lelaki yang mencuri dua tayar bersama dengan rimnya.

Siasatan awal mendapati, pada hari kejadian pengadu dikejutkan oleh isterinya dan mengatakan ada seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Lelaki-lelaki berkenaan mengambil dua tayar bersama rim yang disimpan di dalam ruang tamu.

Setelah mendengar jeritan pengadu, salah seorang daripada suspek yang memandu kereta melarikan diri, manakala seorang lagi keluar dari kereta dan menghampir­i beliau.

Pada masa yang sama, pengadu melihat dua tayar bersama rim yang dicuri berada di belakang kereta, beliau sempat merampas kunci dan mematikan enjin.

Ketika bergelut menahan tertuduh, sebuah kereta peronda polis berhenti di kawasan terbabit bagi membantu menangkap tertuduh.

Semasa rayuan, Yusuf menyatakan mempunyai empat anak yang masih bersekolah dan isterinya tidak bekerja.

Dalam pada itu, sekiranya gagal membayar denda berkenaan mahkamah memerintah­kan penjara enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Pendakwaan berkenaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia