Utusan Borneo (Sabah)

205 jayakan Perbarisan Tahunan SJAM 2017

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

SERAMAI 205 pegawai dan anggota St John Ambulans Malaysia (SJAM) dari lima divisi sekolah di daerah ini telah menjayakan Program Perbarisan Tahunan St John Ambulans Malaysia Kawasan Lahad Datu 2017 yang dilangsung­kan bertempat di Dewan Father John Clementi SM St Dominic, di sini.

Lima divisi sekolah berkenaan terdiri daripada SM St Dominic, SM Sains Lahad Datu, SMK Sepagaya, SMK Agaseh dan SJAM Mudah SK Silabukan.

Pemerintah Kawasan SJAM Daerah Lahad Datu Ishak Y Polli yang mewakili Pemerintah Negeri SJAM Datuk Dr Micheal Atun Wee semasa berucap dalam majlis perasmian itu, mengucapka­n penghargaa­n dan syabas kepada semua AJK perbarisan tahunan di bawah pimpinan Sabarudin Paruki yang merupakan Pegawai Turus Kawasan dan selaku pengarah program kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini.

Katanya, perbarisan tahunan itu adalah acara wajib yang diadakan pada setiap tahun. Ia bertujuan mengiktira­f kecekapan setiap pegawai dan ahli SJAM dalam melaksanak­an aktiviti dan tugas awam.

Menurut beliau, program juga bertujuan memberikan penghargaa­n kepada anggota SJAM yang telah banyak berjasa dalam menjayakan sebarang program yang telahpun dijalankan sepanjang tempoh tahun ini.

“Sehubungan itu, saya berharap agar semua anggota SJAM sentiasa berusaha dalam meningkatk­an lagi komitmen dalam melaksanak­an tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi dan bertanggun­gjawab.

“Oleh demikian, saya berharap kepada anggota yang bakal menerima anugerah lantikan ini dijadikan sebagai penyuntik, pendorong dan pembakar semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat Lahad Datu khasnya dan Malaysia amnya,” katanya.

Dalam majlis sama, turut menyaksika­n penyampaia­n anugerah pelantikan Penguasa Perawatan (R9) kepada Matron Bungalia Marsita, Pingat Jasa Cemerlang kepada Sabarudin Paruki dan Roziah Abdul Latip, Pingat Jasa Terpuji kepada Clark Max Bautista, Jamrah Senneh dan Adilah Latang.

Kenaikan Pangkat Lans Koperal Dewasa kepada 12 ahli, Ketua Kadet tiga ahli, Sarjan Kadet 5 ahli, Koperal Kadet 27 ahli dan Lans Koperal Kadet 67 ahli. Manakala, anugerah Perisai Perkhidmat­an sebanyak 500 jam telah diterima oleh dua ahli, 200 jam seramai 22 ahli dan 100 jam seramai 68 ahli.

Anugerah Jalur Perkhidmat­an selama empat tahun penugasan telah disampaika­n kepada seramai 18 ahli, tiga tahun seramai 37 ahli, dua tahun seramai 62 ahli dan satu tahun seramai 43 ahli.

 ??  ?? ISHAK (kanan) menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Cemerlang kepada Sabarudin (kiri).
ISHAK (kanan) menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Cemerlang kepada Sabarudin (kiri).
 ??  ?? ALBUM kenangan St John Ambulans Malaysia Kawasan Lahad Datu.
ALBUM kenangan St John Ambulans Malaysia Kawasan Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia