Utusan Borneo (Sabah)

Keranda diraja Thai hampir siap

-

BANGKOK: Tukang mahir terbaik di Thailand bekerja keras berbulan-bulan membuat reka bentuk dan membina keranda diraja yang akan digunakan dalam Upacara Persemadia­n Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej hujung bulan depan.

Keranda diraja yang dihiasi hiasan dan diukir halus itu diperbuat daripada pokok cendana yang sudah mati tetapi pohonnya masih tegak, kayunya berbau harum dan dianggap membawa tuah penganut Buddha dan sering digunakan dalam upacara keluarga diraja.

“Keranda diraja itu diperbuat daripada 12 batang pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak yang ditebang di Taman Negara Kui Buri di Prachuapkh­irikhan,” kata pegawai daripada Jabatan Seni Halus kepada media baru-baru ini.

Keranda itu mempunyai 132 lambang garuda, dedah pegawai terbabit, satu ciri terpenting pada keranda diraja.

Media tempatan dan asing diberi peluang yang jarang diberi sebelum ini oleh Jabatan Perhubunga­n Awam kerajaan untuk melawat Jabatan Seni Halus, yang diberi amanah untuk membuat reka bentuk dan membina keranda diraja di Bangkok, baru-baru ini.

Sekumpulan tukang mahir giat membuat kerja kemasan peringkat akhir dengan amat teliti pada keranda diraja itu, kira-kira sebulan sebelum digunakan dalam Upacara Persemadia­n Diraja.

November tahun lepas, media tempatan melaporkan satu upacara khas berlangsun­g di Taman Negara Kui Buri untuk memohon restu daripada ‘penjaga’ pokok cendana itu, sebelum ia ditebang dan dibawa keluar dari hutan untuk diproses menjadi papan keranda itu.

Upacara bersejarah Persemadia­n Diraja akan berlangsun­g selama lima hari bermula 25 Oktober dan jasad baginda akan menjalani upacara persemadia­n dengan cara dibakar di Krematoriu­m Diraja di Sanam Luang dekat Istana Agung pada 26 Oktober.

Raja Bhumibol yang digelar raja berjiwa rakyat kerana kesungguha­n baginda membawa pembanguna­n untuk rakyat dan memelihara kebajikan mereka, menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Siriraj di sini pada 13 Oktober tahun lepas pada usia 89 tahun, setelah bertakhta 70 tahun sebagai raja kesembilan Dinasti Chakri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UKIRAN HALUS: Keranda Diraja yang akan digunakan pada Upacara Persemadia­n Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada akhir bulan depan.
— Gambar Bernama UKIRAN HALUS: Keranda Diraja yang akan digunakan pada Upacara Persemadia­n Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada akhir bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia