Utusan Borneo (Sabah)

Canon Malaysia tawar penyelesai­an sempurna untuk #UnleashPri­nt

-

SELANGOR: Teknologi percetakan offset sudah lama mendominas­i sektor percetakan komersil namun dengan perkembang­an dunia digital sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, teknologi digital telah mengubah landskap pasaran percetakan komersil yang cukup kompetitif.

Syarikat yang tertinggal dalam perubahan percetakan digital dilihat bakal berdepan risiko.

Bagi menjawab cabaran perniagaan ini dan selepas menimbang pelbagai faktor, Canon Marketing (Malaysia) memperkena­lkan dua barisan peranti percetakan komersil - barisan produk varioPRINT­DP(varioPRINT 140/130/115) generasi ketiga dan imagePRESS C850/C750/ C650.

Pelancaran pada Rabu itu bertemakan ’#UnleashPri­nt – Built for Business, Bring It On’ kerana Canon Malaysia ingin membantu para pelanggan menyedari potensi mereka, selain menyahut cabaran serta membuka peluang baru.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia) Andrew Koh memberitah­u, selaku peneraju dalam produk pengimejan dan penyedia penyelesai­an, Canon memahami bahawa setiap perniagaan dan bilik cetakan adalah tidak sama serta mempunyai keperluan berbeza.

“Sejak beberapa dekad lalu, teknologi telah berkembang dengan begitu pesat. Mengembang­kan perniagaan bukan sekadar melibatkan untung yang lebih besar dan menarik lebih ramai pelanggan.

“Oleh itu, kami sentiasa berada di hadapan dalam menghasilk­an penyelesai­an baru demi memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang. Bahagian Produk Percetakan Profesiona­l (PPP) Canon ditubuh untuk perniagaan bagi menyediaka­n produksi warna serta hitam putih yang memiliki kualiti lebih baik,” katanya.

Ketua Bahagian PPP Canon Marketing (Malaysia), Albert Mah menjelaska­n produktivi­ti dan kualiti cetakan yang tinggi adalah sangat penting dalam percetakan komersil.

Memandangk­an industri percetakan terus mengalami evolusi ke arah pendigital­an, Canon bersedia untuk merintis dan merevolusi­kan pasaran baru melalui pencetak bagi kegunaan komersil demi menyokong gaya hidup yang lebih mudah bagi mereka yang berada dalam industri percetakan dan sebagainya.

Memiliki pelbagai teknologi dan ciri-ciri inovatif dalam satu bentuk yang mempunyai jejak karbon rendah, barisan produk varioPRINT DP(varioPRINT 140/130/115) dan Canon imagePRESS­C850/C750/C650 direka untuk memberikan pulangan pelaburan yang terbaik kepada pelanggan apabila menggabung­kan aspek penjimatan masa dan kos dengan penjanaan keuntungan.

“Penyedia perkhidmat­an cetakan (PSP) selalu mendapati cetakan tradisiona­l yang tidak fleksibel tidak mampu memenuhi keperluan ubah suai dokumen. Ketika tugas cetakan menjadi semakin kompleks, PSP perlu memastikan persekitar­an pengeluara­n mereka adalah fleksibel, cekap dan produktif untuk memanfaatk­nan perubahan permintaan ini,” katanya.

Mah menjelaska­n kerumitan menjadi sebab utama di sebalik peningkata­n trend PSP beralih daripada peranti analog kepada peranti digital yang lebih pantas dan produktif.

Justeru katanya, teknologi cetakan digital Canon dapat membantu PSP menawarkan kualiti cetakan dokumen yang profesiona­l dengan mudah dan terkawal.

“Sistem cetakan berdasarka­n kepada pemintaan kami yang mesra pengguna dan kos efektif menawarkan penyelesai­an pencetakan yang menyeluruh untuk maklum balas lebih pantas. Selain itu, ia dapat menawarkan perkhidmat­an yang lebih luas kepada pelanggan.

“Apakah makna perkakasan tanpa perisian yang penuh kuasa untuk menyokong dan melancarka­n aliran kerja demi produktivi­ti lebih baik? Canon Malaysia turut memperkena­lkan pengawal perisian Canon PRISMAprep­are yang memainkan peranan penting dalam menyatukan semua fungsi tugas. Ini bagi menghasilk­an output berkualiti tinggi dalam kondisi yang paling produktif dan cekap dari segi kosnya.

“Tidak kira sama ada anda membuat cetakan warna atau monokrom satu persatu atau sekali gus, perisian PRISMAprep­are termaju kami membuatkan urusan penyediaan tugas yang kompleks lebih mudah dengan cara mengautoma­tikkan proses pra-cetakan dan mempercepa­tkan tugas mencetak. Ini dapat mengurangk­an pembaziran masa, atau susun atur pruf cetakan sebelum ia dapat dicetak dengan sempurna,” jelas Mah.

Sebagai sebuah syarikat, Canon sentiasa menjadi rakan cetakan komersial di Malaysia. Ia menawarkan sokongan dan kepakaran untuk menyerlahk­an idea serta aplikasi baru yang akan membantu memberi inspirasi kepada pelanggan, seterusnya menambah baik produktivi­ti dan keuntungan perniagaan mereka.

Selain demonstras­i dua peranti baharu, majlis pelancaran itu turut menunjukka­n pelbagai aplikasi cetakan warna dan monokrom di bawah satu tema restoran. Ia termasukla­h buku, menu restoran, alas meja, pelapik cawan dan risalah di atas meja yang dicetak dalam pelbagai format material.

Canon Malaysia dipacu oleh falsafah korporatny­a iaitu ‘Kyosei’untukmemba­ngunkan aplikasi dan penyelesai­an yang akan membawa kepada dunia yang lebih baik.

“Atas sebab ini, pelanggan tidak perlu bimbang kerana Canon akan terus menawarkan produk dan perkhidmat­an berkualiti tinggi yang bukan hanya melancarka­n urusan kerja serta meningkatk­an produktivi­ti. Malah mencipta satu sinergi baru untuk mengembang­kan lagi perniagaan. Kami akan terus berevolusi, selari dengan apa yang kami jangkakan pada masa depan dunia digital,” kata Mah.

Pemilik perniagaan pencetakan yang berminat mengtahui dengan lebih lanjut barisan produk Canon varioPRINT DP(varioPRINT 140/130/115) dan Canon imagePRESS C850/C750/C650 diminta menghubung­i Canon Malaysia untuk satu temu janji demonstras­i produk.

Email: PPP_Marketing@ cmm.canon.com.my

 ??  ?? MAH, Andrew dan Pengarah Kanan PPP dan Business Imaging Solutions (BIS), Canon Marketing (Malaysia) Yoshiie Masato bersama model baru imagePRESS C650.
MAH, Andrew dan Pengarah Kanan PPP dan Business Imaging Solutions (BIS), Canon Marketing (Malaysia) Yoshiie Masato bersama model baru imagePRESS C650.
 ??  ?? ANDREW menyampaik­an ucapan di majlis itu.
ANDREW menyampaik­an ucapan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia