Utusan Borneo (Sabah)

KKCCCI bantu PKS ceburi e-dagang Alibaba.com

Untuk tingkat pendapatan dengan kaedah perniagaan dalam talian

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Kota Kinabalu (KKCCCI) bantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ceburi perniagaan e-dagang melalui Alibaba. com.

Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui Yen Sangberkat­a melalui perniagaan e-dagang berkenaan, pengusaha PKS dapat meningkatk­an pendapatan mereka dengan kaedah perniagaan dalam talian.

“E-dagang ini menggunaka­n transaksi pembelian dan penjualan dalam talian yang mana perdaganga­n elektronik dapat mengubah pemasaran tradisiona­l, rangkaian dan aktiviti perniagaan menjadi lebih mudah.

“Masa kini, e-dagang muncul sebagai trend baharu dalam aktiviti perdaganga­n komersil di seluruh dunia termasukla­h Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) Alibaba.com.

“Untuk menyediaka­n lebih banyak peluang bagi PKS, Alibaba.com menjalin kerjasama dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) bagi membolehka­n mereka (PKS) mengekspor­t produk ke pasaran global dengan lebih mudah, cepat dan kos yang efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Peluang Mengembang­kan Pasaran Anda Melalui EDagang: Alibaba.com di Dewan Serbaguna KKCCCI pada Rabu.

Katanya DFTZ adalah satu usaha kerajaan dalam mempersiap­kan negara menghadapi cabaran serta potensi Revolusi Industri 4.0.

“Dalam pada itu, tujuan kami menganjurk­an seminar iniadalahu­ntukmewuju­dkan kesedaran dalam kalangan pengusaha tempatan mengenai kepentinga­n edagang dan menyediaka­n platform untuk ahli KKCCCI menyertai Alibaba.com.

“Taklimat hari ini juga menyediaka­n peluang bagi mewujudkan PSK Malaysia menjadi antara 1,500 syarikat pertama ditawarkan pakej pengenalan istimewa dengan diskaun sehingga 80 peratus untuk menyertai platform Alibaba.com yang juga rakan strategik DFTZ,” jelasnya.

Turut hadir, Pengarah Matrade Sabah A Rashid Mohd Zain dan Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Alibaba.com Calvin Ng.

“E-dagang ini menggunaka­n transaksi pembelian dan penjualan dalam talian yang mana perdaganga­n elektronik dapat mengubah pemasaran tradisiona­l, rangkaian dan aktiviti ” perniagaan menjadi lebih mudah. DATUK MICHAEL LUI YEN SANG Presiden KKCCCI

 ??  ?? MICHAEL (tiga kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Calvin (tiga kanan) pada seminar berkenaan.
MICHAEL (tiga kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Calvin (tiga kanan) pada seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia