Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat multinasio­nal didenda RM60,000

Gagal pastikan keselamata­n dua pekerja

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat multinasio­nal dikenakan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas dua kesalahan gagal memastikan keselamata­n pekerja sehingga menyebabka­n kematian. Hakim Ainul Shahrin Mohamad mengenakan hukuman itu terhadap syarikat dari Jepun terbabit selepas wakilnya mengaku bersalah.

Syarikat berkenaan sebagai majikan gagal memastikan keselamata­n dua pekerjanya sehingga menyebabka­n kematian Hermansyah dan Mohamad Azlan, 24, semasa kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V34-01.

Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos tahun lalu jam 9.30 pagi di kawasan tapak projek Provision of Basic and Detailed Engineerin­g, Procuremen­t Constructi­on and Commission­ing (BEPCC), Sabah Ammonia Urea (SAMUR) Project, Sipitang Oil & Gas Industrial Park, Megalong, Sipitang.

Dua pertuduhan itu, syarikat didakwa mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja 1994 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak melebihi RM50,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Peguam P. J Per ira bertindak untuk syarikat terbabit.

Syarikat berkenaan sebagai majikan gagal memastikan keselamata­n dua pekerjanya sehingga menyebabka­n kematian Hermansyah dan Mohamad Azlan, 24, semasa kerja pemasangan Inlet Flange pada Medium Pressure Decomposer V-34-01.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia