Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa memiliki senjata berbahaya

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berhadapan dengan hukuman penjara minimum lima tahun, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan memiliki senjata.

Mohammad Filzamelso, 20, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta BahanBahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara lima tahun hingga sepuluh tahun dan dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Mohammad memiliki senjata kerambit pada 12 Ogos jam 6.19 petang di depan Oceanus, di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 23 September untuk tarikh perbicaraa­n terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit melakukan pendakwaan terbabit.

Sementara itu, seorang lelaki dikenakan penjara tujuh bulan oleh mahkamah, kerana mencuri sebuah kotak yang mengandung­i 30 unit lampu LED milik sebuah kedai elektronik.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lo Hin Kiong, 24, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh sepuluh tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 15 September jam 5.30 petang di dalam kedai Seng Heng, Taipan Inanam, di sini.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia