Utusan Borneo (Sabah)

Bangladesh gesa Myanmar ambil balik Rohingya

Turut tuntut 420,000 pelarian yang dizalimi itu diberi kerakyatan, bantuan kemanusiaa­n segera

-

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah mengeluark­an seruan baharu agar Myanmar mengambil balik kirakira 420,000 orang Islam Rohingya yang telah lari dari keganasan di negara yang didominasi penganut Buddha itu.

Hasina, yang bercakap kepada aktivis Bangladesh di New York di mana beliau menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), turut menuntut tekanan antarabang­sa yang lebih kuat ke atas Myanmar berhubung krisis baharu yang berlaku sejak tiga minggu lepas, kata laporan media.

“Kami sudah memberitah­u Myanmar, mereka adalah warga anda, anda mesti meng-ambil mereka balik, menjaga keselamata­n mereka, menyediaka­n tempat perlindung­an bagi mereka, penindasan dan penyeksaan tidak harus berlaku,” katanya pada satu mesyuarat lewat kelmarin di New York.

Perdana menteri itu berkata Bangladesh sedang menjalanka­n usaha diplomatik untuk memujuk Myanmar agar mengambil balik pelarian tersebut.

“Namun kerajaan Myanmar tidak menyahut seruan. Sebaliknya Myanmar memasang periuk api di sepanjang sempadan untuk menghalang kepulangan orang Rohingya ke tanah air mereka,” kata-nya

Pemimpin hakiki M ya nmar, Aung San Suu Kyi, berkata dalam satu ucapan beberapa jam sebelum itu bahawa negara itu akan meng-ambil balik pelarian yang disahkan.

Myanmar menganggap pendatang tanpa izin Rohing ya sebagai dari Bangladesh dan enggan memberi kerakyatan kepada mereka, walaupun ramai yang sudah tinggal di sini selama berdekad-dekad. Pada satu mesyuarat negara-negara Islam dalam acara sampingan kepada Perhimpuna­n PBB, Hasina berkata Yangon menerajui kempen propaganda yang ditaja oleh kerajaan untuk memanggil orang Rohingya sebagai ‘Bengali’, dan menambah mereka mesti diberi kerakyatan Myanmar.

Hasina mencari “bantuan kemanusiaa­n segera” dari negara-negara Islam untuk menangani kemasukan orang Rohingya yang lari daripada apa yang beliau sebut sebagai “pembersiha­n etnik”, agensi berita BSS melaporkan.

“Ia adalah malapetaka manusia yang begitu memeritkan. Saya sudah melawat mereka dan mendengar cerita tentang penderitaa­n mereka yang serius, khususnya wanita dan kanak-kanak,” katanya.

“Saya mahu anda semua datang ke Bangladesh dan mendengar daripada mereka tentang kekejaman di Myanmar,” katanya.

Majoriti pelarian adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara Bangladesh telah mendapat pujian antarabang­sa kerana membuka pintu negara kepada orang Rohingya, agensi bantuan telah memberi amaran tentang krisis kemanusiaa­n yang semakin serius manakala pihak berkuasa berdepan dengan kesukaran untuk malah menyediaka­n kemudahan asas bagi pendatang baharu.

Seramai 420,000 pelarian yang kini tinggal di pusat perlindung­an sementara di sekitar bandar sempadan Cox’s Bazar sudah ditambah kepada kira-kira 300,000 orang Rohingya yang memasuki kem-kem di wilayah tersebut ekoran gelombang keganasan sebelum ini di Myanmar. — AFP

KELAPARAN: Pelarian Rohingya yang kelaparan berebut makanan diagihkan oleh agensi bantuan kemanusiaa­n di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh, kelmarin.

 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia