Utusan Borneo (Sabah)

JAIPs susun atur penarafan bintang maahad tahfiz

-

PADANG BESAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusunatu­rsistempen­arafan bintang sebagai penilaian tahap kualiti maahad tahfiz di negeri ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah, penarafan bintang itu akan menjadi ‘kayu pengukur’ bagi menilai kepatuhan maahad tahfiz terhadap standard dan kualiti yang telah ditentukan.

“Beta berharap agar maahad tahfiz di Perlis akan menjadi contoh kepada maahad tahfiz yang lain sama ada dari aspek pengurusan, tadbir urus dan kurikulum yang cemerlang, kebolehpas­aran pelajar serta persekitar­an yang kondusif,” titahnya pada program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Bilangan 54/2017 di Madrasah Miftahul Hidayah Beseri dekat sini malam tadi.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah semua maahad tahfiz di negeri ini adalah tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perlis 1988.

Jabatan Mufti Negeri Perlis juga sentiasa proaktif memberikan pandangan dan saranan ke arah memastikan pegangan dan dasar maahad tahfiz di negeri ini seiring dengan ‘Ahli Sunnah Wal Jamaah’, titahnya.

Menurut baginda, MAIPs pula bersedia memberikan bantuan seperti geran tahunan di bawah peruntukan ‘asnaf fisabilill­ah’ sebanyak RM4,785,000 kepada Institusi Pendidikan Islam termasuk maahad tahfiz yang berdaftar dengan pihak JAIPs.

Titah Raja Muda, Institusi Pendidikan Tahfiz AlQuran merupakan sebuah institusi yang signifikan kepada pengajaran dan pembelajar­an berteraska­n agama, justeru, kemuliaan pendidikan itu sewajarnya diangkat seiring dengan profesiona­lisme pengurusan dan kecemerlan­gan pendidikan.

“Pada masa yang sama, masyarakat seharusnya menyanjung tinggi segala bentuk usaha yang dilaksanak­an oleh semua pihak samaadaker­ajaan,p ertubuhan mahupun individu atau orang perseorang­an dalam merealisas­ikan niat dan hasrat murni ke arah kewujudan sebuah maahad tahfiz yang berjaya,” titahnya.

Bagaimanap­un, tambah baginda, niat dan hasrat murni itu perlulah selari dengan pengurusan yang profesiona­l, terancang, selamat dan kondusif untuk pelajar supaya hasil daripada pengajaran di maahad tahfiz ini berhasil sepertiman­a yang dicita-citakan.

“Aspek keseimbang­an dalam penyediaan kurikulum, infrastruk­tur dan prasarana hendaklah dititikber­atkan supaya kebajikan pelajar terbela. Saya berharap tiada lagi peristiwa duka berlaku di sebahagian maahad tahfiz seperti kes pembulian, khianat, penipuan, penyelewen­gan dan pergaduhan bahkan kecuaian sehingga meragut nyawa insan tak berdosa,” tambah baginda.

Dalam pada itu, titah baginda, para pelajar dan warga maahad tahfiz perlulah diberi latihan dalam menghadapi saat-saat getir seperti kebakaran, bencana banjir, ribut dan lain-lain situasi kecemasan.

“Selain aspek keselamata­n, masyarakat perlulah memberikan sokongan padu dalam memastikan Institusi maahad tahfiz terus subur seiring gelombang perubahan pendidikan semasa,” tegas Raja Muda. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia