Utusan Borneo (Sabah)

‘Selamat untuk diduduki’

Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan

-

MEMBAKUT: Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan telahpun memiliki sijil kelulusan menduduki bangunan (OC) sejak September 2012 dan ia selamat untuk diduduki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort Hasbullah Nenggok berkata demikian semasa mengadakan pemeriksaa­n ke Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan di sini pada Khamis.

“Kami telah mengadakan pemeriksaa­n terhadap beberapa bangunan iaitu kelas-kelas pengajian, dewan makan, dewan solat, dewan perpusatak­aan serta pejabat, dan kami juga memberikan fokus pemeriksaa­n terutama sekali blok asrama,” katanya.

Katanya Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melihat dari dekat langkah-langkah kesiapsiag­aan kakitangan dan penghuniny­a ketika berlaku kebakaran terutama sekali pada waktu malam.

Pihaknya amat berpuas hati dengan langah-langkah keselamata­n yang dititikber­atkan oleh rumah berkenaan dan mendapati ia mematuhi ciriciri keselamata­n sebagaiman­a

yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sebagai langkah seterusnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah ini juga akan mengadakan ceramah langkah-langkah keselamata­n kebakaran kepada guru serta pelajar tahfiz dan latihan menyelamat­kan diri khusus ketika berhadapan situasi kecemasan pada 28 September ini.

Hasbullah berkata pihaknya juga menyambut baik cadangan pengasas Rumah Anak Yatim dan tahfiz itu yang meminta bantuan bomba untuk menubuhkan Bomba Komuniti.

“Kami bersedia melatih guru-guru yang bertugas dan semua penghuni di sini dan ini adalah satu langkah yang baik demi keselamata­n penghuniny­a,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Sekolah Integeriti Darul Yatama Yacob Khan yang berada dalam kawasan berdekatan.

Permohonan untuk menduduki bangunan itu telah dikemukaka­n oleh pihak sekolah dan kini ia sedang dalam proses diteliti dan dipertimba­ngkan untuk kelulusan.

Menurut Hasbullah sekolah berkenaan tidak menempatka­n asrama dan ia hanya digunakan pelajar dari pagi hingga petang dan pelajar juga tinggal di luar asrama.

Pengasas Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan Datuk Ghulam Hasan Yacob Khan ketika ditemui berkata rumah berkenaan menempatka­n 49 anak yatim dan lima guru agama yang bertugas.

“Rumah Anak Yatim dan Tahfiz ini juga dilengkapi dengan CCTV bagi mengawasi serta merakamkan semua kawasan, dan diawasi seorang pengawal keselamata­n yang bertugas pada waktu malam.

“Rumah ini telah dilengkapi ciri-ciri keselamata­n memadam kebakaran seperti alat pemadam api dan pili bomba, dan dalam sedikit masa lagi, kami akan menumbuhka­n Bomba Komuniti untuk menghadapi sebarang kemungkina­n berlaku kebakaran,” katanya.

Kami bersedia melatih guru-guru yang bertugas dan semua penghuni di sini dan ini adalah satu langkah yang baik demi keselamata­n

” penghuniny­a. HASBULLAH NENGGOK Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort

 ??  ?? HASBULLAH dan Ghulam bersama pegawainya semasa menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan.
HASBULLAH dan Ghulam bersama pegawainya semasa menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan.
 ??  ?? HASBULLAH bersama Ghullam dan guru-guru agama selepas menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Sekolah Intergirti Darul Yatama Yacob Khan.
HASBULLAH bersama Ghullam dan guru-guru agama selepas menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas Sekolah Intergirti Darul Yatama Yacob Khan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 49 pelajar ditempatka­n dalam kelas yang jauh lebih selesa dan selamat.
SEBAHAGIAN daripada 49 pelajar ditempatka­n dalam kelas yang jauh lebih selesa dan selamat.
 ??  ?? HASBULLAH menandatan­gani buku lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama sambil disaksiuka­n Ghullam (kiri).
HASBULLAH menandatan­gani buku lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama sambil disaksiuka­n Ghullam (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia