Utusan Borneo (Sabah)

Carmen ceriakan skuad renang di hari ketiga

-

KUALA LUMPUR: Serba tidak menjadi bagi skuad renang para negara pada hari ketiga acara itu di kejohanan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur apabila hanya Carmen Lim yang berjaya menyumbang emas menerusi acara 50 meter (m) Gaya Bebas Wanita S8 pada aksi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada Khamis.

Carmen mempamerka­n aksi bertenaga untuk muncul juara dengan catatan masa 36.48 saat (s) menewaskan pesaing dari Thailand, Thongbai Chaisawas (39.56s) untuk pingat perak manakala gangsa menjadi milik peserta dari Indonesia, Nor Aimah yang melakukan 42.28s.

Lebih menarik, catatan masa Carmen itu memadamkan rekod sebelum ini yang juga miliknya ketika beraksi di Sukan Para ASEAN Singapura 2015 iaitu 39.14s. Carmen turut meraih pingat perak dalam acara 100m kuak lentang wanita S8 selepas ketinggala­n hanya 0.50s di belakang peserta dari Indonesia, Gusmalayan­ti yang melakukan 1:42.07s.

Peserta Thailand, W. Wilasini terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan merangkul pingat gangsa setelah beliau melakukan catatan masa 1:46.51s.

Terdahulu, Zul Amirul Sidi Abdullah menyumbang pingat perak manakala Jamery Siga meraih pingat gangsa menerusi acara 100m kuak lentang lelaki S5 selepas masing-masing mencatat 1:41.84s dan 1:46.80s.

Pingat emas acara berkenaan diraih perenang dari Vietnam, Vo Thanh Tung yang turut memperbaha­rui rekod sebelum ini milik Zul Amirul, 1:36.80s dengan melakukan catatan 1:26.77s.

Kejayaan Carmen gagal diikuti oleh Muhammad Nur Syaiful dan Jin Ping Ting setelah kedua-dua wakil negara dalam acara 50m gaya bebas lelaki S5 dan 100m kuak lentang lelaki S14 sekadar menghadirk­an pingat perak.

Muhammad Nur yang melakukan catatan 34.78s tidak dapat menyaingi catatan pemenang pingat emas dari Vietnam, Vo Thanh Tung yang melakukan 34.50s manakala gangsa menjadi milik Mulyadi dari Indonesia.

Hasrat Jin Ping untuk mengaut emas tidak kesampaian apabila beliau turut tewas kali ini ke atas perenang dari Indonesia, Muhammad Bejita yang melakukan 1:03.60s, ketinggala­n 8.52s di belakang manakala gangsa diraih atlet Thailand, Chuvong Jirachot yang melakukan 1:15.25s.

Perenang acara 50m gaya bebas lelaki S14 negara, Anas Zul Amirul dan Mohd Adib Iqbal Abdullah menutup kutipan pingat skuad renang pada hari ini dengan masingmasi­ng meraih pingat perak dan gangsa. Mereka tewas kepada pemenang pingat emas dari Indonesia Muhammad Bejita yang melakukan 25.98s.

 ?? - Gambar BERNAMA ?? CARMEN menunjukka­n pingat perak yang dimenangin­ya menerusi acara 100 meter Kuak Lentang wanita S8.
- Gambar BERNAMA CARMEN menunjukka­n pingat perak yang dimenangin­ya menerusi acara 100 meter Kuak Lentang wanita S8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia