Utusan Borneo (Sabah)

1,000 hadiri Hari Kebangsaan SMK Sikuati 1

- Oleh JOHAN AZIZ

SERAMAI 1,000 orang telah menghadiri majlis penutupan sambutan Hari Kebangsaan SMK Sikuati 1 Kudat yang diadakan di padang sekolah itu pada Jumaat.

Majlis penutupan itu telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong.

Dalam ucapannya berharap agar warga sekolah itu dapat membangkit­kan semangat kemerdekaa­n selain menyemai semangat ketaatan dan kesetiaan kepada negara.

Katanya, melalui majlis seumpama itu dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan warga sekolah itu.

“Majlis ini juga dapat meningatka­n semangat kerjasama antara pucuk pimpinan PDRM Kudat bersama guru dan pelajar di sekolah itu,” katanya.

Douglas berkata majlis itu berjalan dengan baik dan lancar sambil mengucapka­n terima kasih kepada wagra sekolah itu yang memberi pemghormat­an kepadanya untuk merasmikan penutupan majlis berkenaan. Beliau juga menekankan pentingnya ilmu pengetahua­n dan pendidikan dalam membina masa depan yang cerah pada era kemerdekaa­n ini. “Saya menasihatk­an para pelajar supaya memerdekak­an diri terlebih dahulu, pelajar harus berfikiran terbuka serta bebas dari segala gejala sosial, tidak terlibat kegiatan jenayah dan dadah,” katanya. Beliau juga mengingatk­an agar para pelajar menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dan masa depan mereka.

Hadir sama pada majlis itu, Pengetua Haji Ismail Tukimin serta pegawai dan anggota PDRM Kudat, guru dan pelajar sekolah itu.

Dalam perkembang­an lain, seramai 45 murid Tadika Kampung Landung Ayang dengan empat guru dan 31 lagi dari Kampung Air dengan diiringi oleh dua guru telah melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat.

Douglas berkata, melalui lawatan itu dapat mendidik dan mendedahka­n serta membudayak­an generasi muda tentang perkhidmat­an PDRM.

 ??  ?? GURU dan murid-murid tadika dari Kampung Landung Ayang bersama empat guru bergambar kenangan dengan Douglas (tengah) dan para pegawai serta anggota polis lain.
GURU dan murid-murid tadika dari Kampung Landung Ayang bersama empat guru bergambar kenangan dengan Douglas (tengah) dan para pegawai serta anggota polis lain.
 ??  ?? ISMAIL ( kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Douglas.
ISMAIL ( kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Douglas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan.
SEBAHAGIAN pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia