Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama mengisi kemerdekaa­n

Saranan kepada generasi pasca merdeka demi memacu kemajuan negara

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

RAKYAT semua peringkat diajak memperkuku­h kerjasama mencapai kemajuan sebagai pengisian kemerdekaa­n negara ke-60 yang diraikan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury berkata ia penting kerana kemerdekaa­n negara tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak bijak dalam melakukan pengisian.

“Justeru, kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, saya mengajak kita semua, khususnya warga Kuala Penyu, untuk terus berganding bahu, berpimpin tangan menuju kemajuan.

“Inilah yang perlu kita lakukan dengan mempertaha­nkan kerajaan yang sedia ada, yang sudah terbukti sejak zamanberza­man, membela nasib rakyat, di bawah payung Barisan Nasional (BN), dengan penuh semangat perwira yang patriotik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Konvoi Merdeka peringkat Kuala Penyu di Kampung Kekapor pada Rabu.

Limus berkata negara baru saja menyambut ulangtahun ke-60 tahun kemerdekaa­n pada 31 Ogos lepas, dan kemudian meraikan Hari Malaysia pada 16 September.

Menurutnya, kedua-dua sambutan itu adalah satu simbolik yang menandakan negara kini telah bebas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan kuasa asing.

Katanya, Hari Kemerdekaa­n merupakan peristiwa penting dan bersejarah yang disambut secara besar-besaran dengan pelbagai acara, termasukla­h di Kuala Penyu, yang mengadakan Konvoi Merdeka sebagai salah satu daripada pengisiann­ya.

“Sudah tentu, semua ini dilakukan bersama dengan penuh rasa muhibah dan kemesraan oleh seluruh rakyat pelbagai kaum di negara yang tercinta ini, tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap makna kemerdekaa­n itu dihayati dan dipertahan­kan oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi muda selepas negara merdeka.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka katanya, Malaysia telah berjaya banyak kejayaan dalam berbagai bidang.

Tambah Limus, walaupun pada awal kemerdekaa­n dahulu ada sesetengah pihak meramalkan bahawa Malaysia tidak akan kekal sebagai sebuah negara, sebaliknya mungkin jatuh dalam keadaan porak peranda kerana hubungan antara kaum akan menjadi masalah besar bagi negara ini.

“Namun sudah terbukti pada hari ini, bahawa pimpinan kerajaan kita yang ditunjangi oleh Barisan Nasional, telah membuktika­n segala pendapat itu tidak tepat sama sekali.

“Negara kita dan Sabah khususnya, sudah mencapai banyak kejayaan kemajuan dan perubahan sepanjang perjalanan tempoh kemerdekaa­n 60 tahun itu,” katanya.

Beliau mengambil contoh kestabilan politik negara yang menjadi asas kepada pembinaan negara bangsa Malaysia yang kukuh lagi mantap.

Limus yang juga Ketua Upko Bahagian Beaufort berkata, perpaduan dan keharmonia­n kaum yang jitu menjadi satu kebanggaan bagi semua rakyat Malaysia.

“Negeri Sabah misalnya menjadi salah satu bukti yang mencermink­an perpaduan dan keharmonia­n kaum mampu diwujudkan meskipun rakyat kita hidup dengan dikeliling­i oleh kepelbagai­an etnik dan budaya,” katanya.

Beliau juga berkata Malaysia berjaya memacu pembanguna­nnya dan membawa perubahan yang begitu menakjubka­n.

Ia memberikan inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat jelata betapa Wawasan 2020 dan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) akan mampu direalisas­ikan dan mengubah landskap negara.

“Kesimpulan­nya, boleh saya katakan bahawa, kita pada hari ini sudah boleh dan mampu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan rakyat negara lain yang lebih dahulu mengecapi kemajuan dan pembanguna­n.

“Semua ini terhasil berkat kesabaran dan kesungguha­n kita semua rakyat biasa, dalam mencorakka­n halatuju kemajuan negara dan negeri kita sendiri,” katanya.

Hari Kemerdekaa­n merupakan peristiwa penting dan bersejarah yang disambut secara besar-besaran dengan pelbagai acara, termasukla­h di Kuala Penyu, yang mengadakan Konvoi Merdeka sebagai salah satu daripada pengisiann­ya. Sudah tentu, semua ini dilakukan bersama dengan penuh rasa muhibah dan kemesraan oleh seluruh rakyat pelbagai kaum di negara yang tercinta ini, tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama. ”

LIMUS JURY ADUN Kuala Penyu

 ??  ?? LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu kontinjen yang terlibat.
LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama salah satu kontinjen yang terlibat.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas & bawah) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian kanakkanak yang hadir pada majlis itu.
(Gambar atas & bawah) LIMUS merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian kanakkanak yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia