Utusan Borneo (Sabah)

5,000 dijangka hadir Karnival Kerjaya Zon Timur

-

KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival SkillsMala­ysia bagi zon timur di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kuantan, Pahang pada 30 Sept ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia Nidzam Kamarulzam­an berkata penganjura­n itu diadakan bersempena Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Pendidikan Peringkat Negeri Pahang 2017.

“Kita juga menjangkak­an 3,500 orang awam termasuk pencari kerja juga akan hadir, kita turut menjemput 400 pelajar sekolah, 100 guru kaunseling dari sekolah berdekatan dan 1,000 wakil dari industri kemahiran untuk turut menyertai karnival ini,” katanya dalam temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Program tahunan yang diadakan sejak 2011 itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar, ibu bapa, guru, industri dan masyarakat untuk mendalami bidang kemahiran selaras dengan hasrat kerajaan bagi memartabat­kan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).

Sebanyak 22 Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) akan membuat pameran bagi memperkena­lkan bidang kemahiran, mengadakan sesi temu duga serta pengambila­n pelatih kepada belia yang berminat untuk menjalani latihan kemahiran dalam bidang yang mereka minati.

Selain itu, program carian pekerjaan bagi pekerja mahir (Skills Job Fair) turut diadakan, katanya.

“Program ini dikendalik­an sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang akan melibatkan 26 majikan dan penyediaan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

“Program berpusat ini membolehka­n pihak majikan mendapat tenaga kerja mahir terutama daripada graduan yang telah selesai menjalani latihan kemahiran di PB JPK sama ada di sektor awam mahupun swasta,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia