Utusan Borneo (Sabah)

Bangun sumber manusia dalam ilmu baharu

Ia sejajar dengan matlamat kerajaan negeri meneroka ekonomi digital: Abang Johari

-

KUCHING: Sejajar dengan matlamat kerajaan negeri meneroka ekonomi digital, Sarawak perlu membangunk­an lebih ramai sumber manusia terutama dalam bidang ilmu pengetahua­n baharu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang berkata demikian, menambah bagi merealisas­ikan matlamat itu, seramai 36 pelajar kumpulan pertama dipilih sebagai penerima Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib.

Mereka yang terdiri daripada 32 pelajar pengajian sarjana muda, sarjana (dua) dan doktor falsafah (dua) dalam disiplin sekuriti siber, teknologi maklumat dan kejurutera­an pertanian.

“Yayasan Sarawak akan terus memberi biasiswa kepada pelajar tanpa mengira kaum dan agama bagi membiayai pengajian di universiti tempatan atau luar negara,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib di Astana Negeri pada Rabu.

Penyampaia­n biasiswa itu disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Ketua Menteri turut berharap pelajar sarjana muda akan menyambung pengajian mereka ke peringkat sarjana bagi membolehka­n mereka melakukan penyelidik­an berkaitan ekonomi digital di Sarawak.

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib diperkenal­kan pada 12 Julai 2017.

“Yayasan Sarawak akan terus memberi biasiswa kepada pelajar tanpa mengira kaum dan agama bagi membiayai pengajian di universiti tempatan atau luar ” negara. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

Ia adalah bagi menghargai sumbangan Tun Taib dalam pendidikan tinggi terutama penubuhan Curtin University, Swinburne University, Kolej Laila Taib dan lain-lain.

Ia juga adalah untuk menyediaka­n skim galakan kepada pelajar cemerlang dan menghargai penat lelah mereka dalam pengajian masing-masing.

Biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang melanjutka­n pengajian di peringkat ijazah pertama di Curtin University Malaysia Sarawak, Swinburne University of Technology Sarawak, University College of Technology Sarawak, Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan dan Universiti Malaysia Sarawak.

Bagi ijazah lanjutan, ia terbuka kepada pelajar melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah serta menjalanka­n penyelidik­an di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara secara sepenuh masa.

 ??  ?? TUN Taib, Ragad, Abang Johari, Juma’ani, Uggah dan Awang tengah bersama para penerima Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib.
TUN Taib, Ragad, Abang Johari, Juma’ani, Uggah dan Awang tengah bersama para penerima Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia