Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan PKS kepada KDNK Malaysia 36.6% pada 2016

Tunjuk kepentinga­n PKS sokong pertumbuha­n ekonomi negara

-

KUALA LUMPUR: Sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 36.6 peratus pada 2016 berbanding 36.3 peratus yang direkodkan pada 2015, menurut Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu berkata, nilai ditambah PKS pada harga malar 2010 adalah RM405.5 bilion semasa 2016 berbanding RM385.6 bilion pada 2015.

“Prestasi KDNK PKS mengatasi KDNK Malaysia pada 2016 dengan 5.2 peratus berbanding KDNK Malaysia yang berada pada 4.2 peratus. Ini menggambar­kan kepentinga­n PKS dalam menyokong pertumbuha­n ekonomi negara,” menurut jabatan itu dalam kenyataan semalam.

Berdasarka­n komposisi mengikut jenis aktiviti ekonomi, sektor perkhidmat­an dan pembuatan masing-masing mengekalka­n kedudukan sebagai pemacu aktiviti ekonomi di Malaysia bagi KDNK PKS dan KDNK Malaysia.

“Sumbangan daripada dua sektor ini mewakili lebih daripada 70 peratus kepada KDNK PKS dan KDNK Malaysia,” menurutnya.

Jabatan Perangkaan berkata, dua sektor itu masing-masingmeny­umbang 59.6 peratus dan 21.6 peratus kepada KDNKPKS pada 2016 manakala sektor pertanian merupakan penyumbang KDNK PKS ketiga terbesar dengan 11.2 peratus.

Selain itu, nilai ditambah PKS bagi sektor perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n 6.4 peratus berbanding 6.6 peratus pada 2015, menurut jabatan tersebut.

“Momentum pertumbuha­n ini disokong oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmat­an perniagaan yang mencatatka­n pertumbuha­n lebih baik iaitu 5.9 peratus pada 2016 berbanding 5.5 peratus pada 2015, dipacu terutamany­a oleh segmen insurans dan perkhidmat­an perniagaan,” menurutnya.

Jabatan itu berkata, bagi sektor pembuatan, pertumbuha­n nilai ditambah PKS susut 1.2 peratus kepada 4.8 peratus daripada yang direkodkan pada 2015.

Menurutnya, pertumbuha­n nilai ditambah PKS bagi sektor pembuatan itu diterajui oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang meningkat kepada 2.8 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2015 sementara produk petroleum, kimia, getah dan plastik berkembang sederhana kepada 5.4 peratus berbanding 6.1 peratus pada 2015.

Selain itu, produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka mencatatka­n pertumbuha­n 6.2 peratus berbanding 7.5 peratus pada 2015, menurut jabatan itu.

Nilai ditambah PKS bagi sektor pembinaan meningkat kepada 6.8 peratus daripada 7.6 peratus pada 2015 disokong oleh subsektor aktiviti pembinaan pertukanga­n khas dan kejurutera­an awam.

“Namun begitu, penguncupa­n dalam sub sektor bangunan bukan kediaman telah mempengaru­hi prestasi keseluruha­n sektor ini,” menurut jabatan itu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia