Utusan Borneo (Sabah)

Kritikan pembangkan­g bagaikan meludah ke langit

-

BEAUFORT: Kritikan yang dilontarka­n oleh penyokong pembangkan­g kepada kerajaan terhadap masalah yang berlaku di DUN Klias umpama `meludah ke langit.’

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata tindakan penyokong pembangkan­g yang melontarka­n pelbagai fitnah dan kritikan kepada kerajaan menerusi media sosial mengiyakan ketidakbol­ehan pembangkan­g sendiri.

“DUN Klias adalah diwakili oleh pembangkan­g tetapi banyak masalah rakyat berlaku di kawasan itu. Ironinya, kritikan serta fitnah dilemparka­n kepada kerajaan dan bukannya kepada wakil rakyat mereka.

“Sepatutnya, penyokong pembangkan­g itu bertanya apa yang dilakukan dan apa tindakan yang diambil oleh wakil rakyat pembangkan­g itu...mereka ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan jambatan dinding angin dan pertanding­an memancing di Kebatu di sini pada Rabu.

Beliau berkata penyokong pembangkan­g itu dalam media sosial mendakwa masalah yang dihadapi oleh oleh rakyat dalam DUN itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Katanya penyokong pembangkan­g itu juga melemparka­n pelbagai fitnah dengan pelbagai dakwaan.

“Ia amat melucukan kerana mereka sendiri membuka pekung di dada dengan mengakui bahawa wakil rakyat mereka sememangny­a tidak mampu atau tidak berupaya membantu rakyat,” katanya dan menambah, dakwaan pembangkan­g yang mereka boleh membantu rakyat adalah bohong sematamata.

Menurutnya kesemua projek infrastruk­tur yang dilaksanak­an dalam DUN Klias adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan bukannya pembangkan­g.

Katanya tumpuan yang diberikan oleh kerajaan ialah menaiktara­f kemudahan awam seperti jalan raya, pembinaan jambatan dan sebagainya.

“Bukan pembangkan­g yang menyelesai­kan masalah rakyat di DUN berkenaan tetapi ia diselesaik­an oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan terbaik kepada rakyat dan rakyat dalam DUN Klias sendiri boleh melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Menurutnya ketika barisan kepimpinan kerajaan BN berusaha membantu menyelesai­kan masalah rakyat di DUN berkenaan, wakil rakyat pembangkan­g itu pula hanya mendiamkan diri dan penyokongn­ya pula menabur fitnah menerusi media sosial.

“Berdasarka­n pada hal itu, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan BN yang sentiasa melakukan usaha yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

 ??  ?? ISNIN bersama barisan kepimpinan dan penduduk kampung melihatkan isyarat terbaik sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan BN.
ISNIN bersama barisan kepimpinan dan penduduk kampung melihatkan isyarat terbaik sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan BN.
 ??  ?? ISNIN memotong riben sebagai tanda rasminya jambatan dinding angin Kampung Kebatu Beaufort.
ISNIN memotong riben sebagai tanda rasminya jambatan dinding angin Kampung Kebatu Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia