Utusan Borneo (Sabah)

PENGORBANA­N KETEPI PERBEZAAN

Asas kekuatan negara

-

KUALA LUMPUR: Pengorbana­n semua pihak dengan mengetepik­an perbezaan antara satu sama lain adalah asas kekuatan Malaysia yang menjadikan negara ini sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar).

Katanya keadaan itu turut didorong dengan kesatuan dan perpaduan rakyat yang menjadi aset serta azimat dalam merencana strategi membina sebuah negara bangsa yang berjati diri serta berjaya.

“Kerana, dengan adanya kesatuanla­h, khususnya dalam kalangan umat Islam dan rakyat di negara ini, kita berjaya bebas daripada belenggu penjajahan kepada mencapai kemerdekaa­n.

“Melalui penyatuan dan permuafaka­tan juga, kita bukan sahaja mampu membawa rakyat negara ini keluar daripada kepompong kemiskinan kepada kemajuan, bahkan kini, sedang rancak merintis jalan kemakmuran menuju ambang negara maju berpendapa­tan tinggi,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1439H/2017M di sini, Jumaat.

Menyentuh tentang keadaan ekonomi negara ketika ini, beliau berkata segala usaha gigih kerajaan semakin menampakka­n kejayaan apabila baru-baru ini, Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2017 mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan pada kadar 5.8 peratus, yakni antara yang tertinggi di dunia.

Katanya laporan State of The Global Islamic Economy 2016/2017 oleh Thomson Reuters menunjukka­n Malaysia sekali lagi menduduki tangga pertama secara keseluruha­n daripada senarai 73 buah negara di dunia.

“Malah lebih mutakhir, dalam laporan sama, Malaysia bukan sahaja turut diakui sebagai ‘the best developed ecosystem for Islamic Finance in the world’ (pembanguna­n ekosistem kewangan Islam terbaik dunia), bahkan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) negara ini dilaporkan mempunyai Islamic Saving Plan yakni Pelan Penyimpana­n Islam terbesar di dunia,” katanya.

Perdana menteri berkata Malaysia bukan sahaja dijadikan sebagai negara Islam contoh yang maju lagi progresif, bahkan diakui signifikan sebagai antara pelaku utama di arena antarabang­sa.

-Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB (tiga kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (tiga, kanan) bergambar bersama tokoh Maal Hijrah 1439/ 2017M, bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Kelapan Tun Dr Sakaran Dandai (tengah) pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan...
GambarBern­ama NAJIB (tiga kiri) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (tiga, kanan) bergambar bersama tokoh Maal Hijrah 1439/ 2017M, bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Kelapan Tun Dr Sakaran Dandai (tengah) pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Sultan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia