Utusan Borneo (Sabah)

Isu status muflis Lajim selesai

-

KOTA KINABALU: Isu berkaitan status muflis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias selesai selepas beliau menyelesai­kan sendiri pembayaran berjumlah RM185,000 di sebuah bank di sini pada pagi Rabu.

Selain itu, notis kebangkrap­an beliau di bawah Seksyen 105 (I) Akta Kebangkrap­an 1967 juga dibatalkan serta merta oleh Mahkamah Tinggi pada pagi Khamis yang mana sesi pendengara­n turut dihadiri oleh peguamnya merangkap Timbalan Presiden I Datuk Maijol Mahap.

Meskipun begitu Lajim berkata, kedudukan sebagai Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) masih kabur disebabkan beliau perlu mengikut penetapan semula jawatan itu melalui Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan berkenaan.

“Berdasarka­n undangunda­ng, saya sudah berhenti secara otomatik pada tarikh saya diisytihar­kan bangkrap iaitu 14 Sept. Oleh yang demikian, Ahli Majlis Tertinggi Parti sebulat suara bersetuju bahawa Datuk Maijol Mahap akan memangku jawatan presiden bermula 14 Sept sehingga tarikh saya kembali semula.

“Walaupun saya sudah dikeluarka­n daripada kebangkrap­an pada pagi ini (Khamis), saya kena ikut perlembaga­an parti iaitu hanya pada Mesyuarat Agung Tahunan sahaja saya boleh diterima kembali sebagai presiden dan kini saya hanya sebagai ahli biasa,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata, Mesyuarat Agung Tahunan Harapan dijangka akan berlangsun­g pada 26 Okt depan bagi memutuskan sama ada beliau diterima atau tidak untuk kembali memegang jawatan itu.

Justeru, beliau berharap agar Ahli Majlis Tertinggi Harapan sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan agar terus teguh bersama dan tidak hilang arah dalam menangani sebarang situasi sedemikian selain terus memantapka­n jentera pilihanray­a negeri di pelbagai peringkat.

Ditanya mengenai kedudukann­ya sebagai Adun Klias, beliau sudah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Syed Abas Syed Ali bagi menjelaska­n keadaan sebenar.

Katanya, segala keputusan adalah bergantung kepada budi bicara Speaker bagi menentukan kedudukann­ya sebagai Adun di Klias.

Terdahulu, isu muflis yang diisytihar­kan pada 14 September lepas disebabkan kegagalan kenalan beliau untuk menyambung pembayaran pinjaman bank ke atas kereta Range Rover yang pernah dimilikiny­a.

 ??  ?? LAJIM (duduk tiga,kiri) berpeganga­n tangan bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Harapan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi beliau selepas sidang media berkenaan.
LAJIM (duduk tiga,kiri) berpeganga­n tangan bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti Harapan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi beliau selepas sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia