Utusan Borneo (Sabah)

Program Santai Rakyat Bersama MP Ranau 23-24 Sept

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Program Santai Rakyat Bersama Ahli Parlimen (MP.179) Datuk Dr Ewan Ebin dan Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mukim Paus-Paginatan akan diadakan di perkaranga­n Tugu Nunuk Ragang Tompios, di sini hari ini (Sabtu) dan esok (Ahad) bermula 8.00 pagi.

Pengerusi Jawatankua­sa Publisitin­ya Alipin Manaf (gambar) memberitah­u, pelbagai acara akan diadakan sempena majlis itu.

Katanya, ianya melibat tujuh kawasan PDM, bertujuan sebagai ruang dan peluang kepada pemimpin ‘Turun Padang’ untuk meninjau keperluan rakyat di Zon/ Mukim Paginatan sekaligus mengeratka­n perpaduan serta permuafaka­tan sedia terjalin di kalangan PDM di Mukim berkenaan agar terus memperkuku­hkan jentera pilihanray­a serta siap-siaga menghadapi pilihan raya pada masa akan datang (PRU14).

Menurut Alipin, dijangka lebih 5,000 orang akan berkampung di perkaranga­n Tugu Nunuk Ragang selama dua hari program itu berlangsun­g.

Katanya, antara aktiviti yang bakal diadakan pada hari pertama termasukla­h pertanding­an bola tampar antara PDM, sukan rakyat, persembaha­n kebudayaan/ hiburan dan Santai Dialog Bersama Belia Mukim PausPagina­tan.

“Hari kedua akan diadakan pertanding­an rakit, pacuan empat ronda (4X4 Challenge), persembaha­n kebudayaan dan lawatan ke pondokpond­ok PDM serta geraigerai jualan.

“Kita menjemput orang ramai khususnya warga Mukim Paus-Paginatan (DUN Paginatan) supaya datang beramai-ramai memanfaatk­an program yang julungkali diadakan itu,” tambah Alipin yang juga seorang kakitangan Sabah V-FM (RTM Kawasan Sabah).

 ??  ?? ALIPIN
ALIPIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia