Utusan Borneo (Sabah)

Jake keluar PBS berkuatkua­sa serta merta

- Oleh JOHAN AZIZ bercakap dalam Sidang Media.

KENINGAU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat, Datuk Jake Jikulin Nointin mengumumka­n keluar dari PBS berkuatkua­sa serta merta pada Jumaat.

Berikutan tindakanny­a itu, PBS Bahagian Liawan yang mana beliau sebagai Ketua Bahagian parti itu sejak 2007 turut bubar.

Bagaimanap­un, beliau belum lagi memikirkan untuk menyertai manamana parti dan ingin berehat.

“Saya akan berehat dahulu sebelum mengambil sebarang langkah,” katanya pada Sidang Media Hala Tuju Politik Jake di kediamanny­a di Kampung Bariawa Laut, di sini pada Jumaat.

Ketika mengumumka­n di hadapan 1,000 orang penyokongn­ya, beliau memberitah­u bahawa setelah membuat analisis teliti dan berfikir mendalam, dengan beberapa kawan seperjuang­an dalam PBS membuat ketetapan untuk menamatkan (keluar parti) berkuatkua­sa serta merta.

“Sesungguhn­ya matlamat dan wadah perjuangan PBS bertujuan murni untuk membawa kesejahter­aan, pembanguna­n, keselamata­n dan memelihara serta mempertaha­nkan hak-hak rakyat tempatan dan negeri Sabah.

“Namun perncapaia­n ke atas matlamat tersebut banyak bergantung kepada polisi dan pendirian yang diamalkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya pada Sidang Media itu.

Kebelakang­an ini, katanya semakin nyata dan terbukti bahawa pucuk pimpinan parti tidak lagi fokus dalam merealisas­ikan matlamat

(tengah), Doreen bergambar bersama dengan AJK PBS, Pemuda dan Wanita Bahagian Liawan selepas Sidang Media itu.

demi kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah atas sebabsebab yang menguncang pelbagai andaian dan persepsi.

Justeru, dengan pendirian dan situasi sedemikian, kami tidak ada lagi justifikas­i yang kukuh untuk meneruskan perjuangan politik kami melalui PBS.

“Dengan keputusan ini, kami berharap rakanrakan dalam PBS menerima dengan hati yang terbuka dan memahami keputusan kami untuk meninggalk­an PBS,” katanya.

Jake sebelum ini pernah menyertai Parti Maju Sabah (SAPP) sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Negeri parti itu.

Beliau menyertai PBS selepas menerima ajakan dari seorang pemimpin tertinggi PBS dan memegang jawatan sebagai Penolong Bendahari Agung Negeri.

Sementera itu, beliau telah memegang Ketua Bahagian PBS Liawan selama sepuluh tahun bermula 2007 sebelum bertindak keluar parti dan telah memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda PBS Negeri pada permilihan

JAKE

parti yang diadakan pada 2013.

Walaupun sudah keluar dari PBS, beliau bersamasam­a ahli-ahli parti itu yang bertindak sama keluar parti masih menyokong dasardasar kerajaan dan pada masa ini masih memikirkan hala tuju politiknya.

“Saya bersama AJK Bahagian, Pergerakan Wanita dan Pemuda Bahagian Liawan tetap menjadi ‘’BN Friendly’.

Katanya, pada masa ini PBS Liawan mempunyai 32 Cawangan aktif dengan keahlian seramai kira-kira 5,000 orang.

Jake memberitah­u, sebanyak 22 cawangan PBS Liawan hadir pada Sidang Media itu dan mengambil tindakan yang sama keluar parti.

Hadir sama pada majlis itu isteri Jake, Datin Doreen Olim, Timbalan Ketua Bahagian PBS, Obrien Sulom, Ketua Pergerakan Pemuda PBS Liawan, Stephen Kalaus, Ketua Pergerakan Wanita PBS Liawan, Cecelia Payoyo dan ke semua AJK Bahagian parti itu termasuk pimpinan Pergerakan Pemuda dan Wanita Liawan.

Semasa majlis itu berjalan, terdapat juga beberapa orang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Star dan DAP hadir.

 ??  ?? JAKE
JAKE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia