Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan wanita sentiasa dihargai

- Menyampaik­an hadiah kepada para peserta yang bertanding.

T AWAU: Kerajaan sentiasa menghargai peranan dan sumbangan kepada golongan wanita di negeri ini termasuk mereka yang tinggal di luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, setiap tahun sambutan Hari Wanita sentiasa diadakan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa untuk meraikan peranan dan sumbangan wanita dalam pembanguna­n negara.

Beliau berkata, kerajaan tiada halangan untuk wanita menjadi ketua dan panel membuat keputusan dalam pelbagai sektor, termasuk memegang jawatan utama.

“Ini adalah usaha murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang sentiasa memartabat­kan golongan wanita di negara Malaysia dan amnya di negeri Sabah ini wajar disanjung dan dihargai.

“Saya amat berbangga dengan kedua-dua pemimpin ini (Datuk Najib dan Tan Sri Musa) dan...saya menyifatka­n mereka merupakan tokoh pemimpin yang disegani dan berjaya memartabat­kan golongan wanita sehingga ke peringkat berprestij.

Jelasnya, jika dilihat dalam pembanguna­n ekonomi negara, sebanyak 20 peratus perusahaan kecil dan sederhana di negara ini dimiliki usahawan wanita dan mereka tidak dinafikan mempunyai kedudukan kukuh dalam landskap perniagaan di negara ini.

“Kepentinga­n wanita dalam perniagaan harus digalakkan dan ditonjolka­n apatah lagi golongan ini mewakili 49 peratus iaitu 14 juta

HAMISA

daripada populasi negara ini.

“Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada wanita di negeri ini memegang jawatan tinggi berdasarka­n sumbangan dan kecemerlan­gan ditunjukka­n dalam tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pertanding­an Memasak Ala Kampung Kelas Pendidikan Kesejahter­aan Keluarga (PKK), Felda Umas di Dewan Felda Umas, Tawau pada Jumaat.

Program anjuran Kemas Tawau dan Kumpulan Wanita Felda Umas, Tawau.

Menurut Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata, golongan wanita khususnya di daerah Tawau perlu terus berusaha dan mencapai kejayaan serta kecemerlan­gan dalam membantu memajukan negeri dan negara.

“Golongan wanita hari ini amat bertuah kerana mereka mempunyai banyak peluang dalam pelbagai aspek termasuk bidang pendidikan. Peluang tersebut harus digunakan sebaik mungkin untuk menuntut ilmu bagi menghadapi cabaran dunia masa kini.

Jelas beliau, golongan wanita yang berminat dalam bidang pendidikan juga adalah satu bonus kepada negara kerana ilmu yang dimiliki mereka bukan sahaja bermanfaat untuk diri, malahan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Hamisa menegaskan bahawa langkah ini memberi peluang kepada wanita untuk berada di kedudukan membuat keputusan yang memberi impak positif khususnya dalam membuktika­n kemampuan wanita membuat sumbangan besar kepada bangsa, agama dan negara.

 ??  ??
 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama peserta pertanding­an memasak.
HAMISA bergambar kenangan bersama peserta pertanding­an memasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia