Utusan Borneo (Sabah)

Dekati rakyat akar umbi

Pastikan masalah rakyat diaju kepada wakil rakyat

-

SANDAKAN: Rakyat perlu sentiasa dekat bersama pemimpin terutama peringkat akar umbi, termasuk pemimpinp emimpin dalam Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi.

Wakil Rakyat Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, perkara itu penting bagi memastikan masalah yang dihadapi rakyat dapat diaju kepada wakil rakyat yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

“Memang tugas kita menolong rakyat sebab itu saya suka turun padang mendekati rakyat di akar umbi untuk mendengar masalah dihadapi penduduk di sesuatu kampung di DUN Sekong dalam Parlimen Batu Sapi ini.

“Oleh itu, masyarakat harus sentiasa mendekatka­n diri dengan pemimpin di peringkat kampung di kawasan masing-masing agar masalah dapat dimaklum sebelum ia diaju kepada saya agar dapat mencari jalan penyelesai­an terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ziarah Dakwah Sayangi Saudara Kita Zon Kepulauan Sekong di Sandakan.

Program Ziarah Dakwah melibatkan enam buah kampung iaitu Kampung (Kg) Opok, Kg Asam, Kg. Batu, Kg. Terusan Baru, Kg. Serabut dan Kg. Tronglit.

Hadir sama Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah Yadim Sabah Ustaz Haji Samin Ongki, jawatankua­sa Umno bahagian Batu Sapi serta pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Batu Sapi dan Unit PPM DUN Sekong.

Samsudinya­ngjugaKetu­aUmno bahagian Batu Sapi memberitah­u, menerusi cara itu penyampaia­n pembanguna­n akan lebih mudah

SEORANG wanita warga emas sedih menerima kerusi roda daripada Samsudin dan barang keperluan asas daripada Yadim Sabah.

untul dibawa di sesebuah kawasan sekiranya penduduk sentiasa dekat bersama pemimpin.

Pada masa sama beliau turut mengingatk­an rakyat terutamany­a golongan muda dan rakyat sentiasa berwaspada dengan sesuatu berita yang disiarkan di laman sosial.

Tegasnya, pihak pembangkan­g dan individu tidak bertanggun­gjawab sering menggunaka­n laman sosial untuk memburukka­n kerajaan menerusi berita palsu yang disiarkan.

“Sebab itu saya tegaskan pentingnya untuk kita sentiasa dekat dengan pemimpin agar kita tahu apa yang telah dilakukan dan dirancangk­an demi pembanguna­n rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa rakyat Parlimen Batu Sapi dan DUN Sekong untuk terus mengekalka­n kesatuan dan perpaduan bagi memastikan keharmonia­n di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama sentiasa terpelihar­a.

Dalam program itu, Samsudin telah menyumbang dua unit komputer, sebuah pencetak komputer untuk Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, RM1,000 untuk Tabung PIBG SK Terusan Baru, dua buah kerusi roda kepada warga emas di Zon Kepulauan dalam DUN Sekong.

Selain seramai 80 orang penduduk di Kg. Asam yang kurang berkemampu­an menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah dan Adun Sekong.

“Oleh itu, masyarakat harus sentiasa mendekatka­n diri dengan pemimpin di peringkat kampung di kawasan masing-masing agar masalah dapat dimaklum sebelum ia diaju kepada saya agar dapat mencari jalan penyelesai­an terbaik, ” DATUK SAMSUDIN YAHYA Wakil Rakyat Sekong

 ??  ?? SAMSUDIN, Bungsu@Azia Jaafar, Yeo Boon Hai dan Samin Ongki bergambar kenangan di jeti sebelum bertolak ke Zon Kepuluan DUN Sekong.
SAMSUDIN, Bungsu@Azia Jaafar, Yeo Boon Hai dan Samin Ongki bergambar kenangan di jeti sebelum bertolak ke Zon Kepuluan DUN Sekong.
 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan daripada Yadim Sabah berupa barangan keperluan asas di Kg Asam, Zon Kepulauan DUN Sekong.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan daripada Yadim Sabah berupa barangan keperluan asas di Kg Asam, Zon Kepulauan DUN Sekong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia