Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan usaha ambil alih jalan kampung

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kerajaan akan berusaha untuk mengambil alih jalan-jalan kampung di negeri ini yang masih dimiliki syarikat pembalakan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Suan berkata, sebagai contoh jalan Simatuoh-Saliku-Pagalungan, Sepulut-Salung dan SepulutPen­siangan yang terletak di daerah Nabawan.

Katanya, disebabkan jalan-jalan ini masih dimiliki oleh syarikat pembalakan menyukarka­n agensi kerajaan berkaitan untuk menaiktara­f jalan-jalan berkenaan menyebabka­n orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar sehingga menggangga­p kerajaan tidak mengambil tindakan sewajarnya.

“Mereka ini mungkin tidak faham ada yang tidak tahu dengan dasar kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan sukan tradisi sempena sambutan Pesta Kalimaran peringkat Daerah Kecil Sook yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Biah, di sini pada Khamis.

Bobbey yang juga wakil rakyat Nabawan turut menjelaska­n, di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut menyalurka­n peruntukka­n khas bagi menyelangg­arakan jalanjalan kampung milik syarikat pembalakan walaupun belum diambil pihak kerajaan sepenuhnya bagi memudahkan penduduk untuk keluar ke bandar atau sebagainya.

Sempena Pesta Kalimaran ini, pelbagai acara diadakan antaranya sukan tradisi, pertanding­an bercerita dalam bahasa Murut, pertanding­an Ratu Kalimaran dan menanyi serta banyak lagi yang berakhir pada 23 September yang akan dirasmikan oleh Presiden Murut Sabah (PMS) yang juga wakil rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Nabawan Jublin Kilan dan Pengerusi Penganjur Sukan Tradisi Tony Talasoi serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

 ??  ?? ELLRON menyampaik­an cendera kenangan baju-T Kalimaran kepada Bobbey.
ELLRON menyampaik­an cendera kenangan baju-T Kalimaran kepada Bobbey.
 ??  ?? BOBBEY menyumpit simbolik perasmian sukan tradisi.
BOBBEY menyumpit simbolik perasmian sukan tradisi.
 ??  ?? ACARA tarik tali turut dipertandi­ngkan.
ACARA tarik tali turut dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia