Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur didakwa pukul jiran dengan rotan kayu

-

KLANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas jirannya menggunaka­n sebatang kayu rotan, dua minggu lepas.

Tertuduh, Ching Chee Siong, 39, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman..

Ching didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Khor Meng Hiong, 52, di sebuah rumah di Jalan Jarak di sini, kira-kira pukul 3.30 petang pada 6 Sept lepas dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Detik-detik Khor dimaki dan dipukul seorang lelaki sambil disaksikan seorang kanak-kanak dan wanita yang menangis teresak-esak, telah dirakam serta tular di media sosial.

Berdasarka­n laporan media, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa didakwa telah memarahi seorang jiran lelaki berusia 60 tahun yang bertindak menegurnya ketika mangsa bertengkar dengan isteri.

Ching juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor tanpa kebenaran di masa, tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Roslizi membenarka­n Ching, yang diwakili peguam Ian Mark Simpson, dibebaskan dengan jaminan RM5,500 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, rakan Ching, See Kean Soon mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan merakam perbuatan rakannya itu (Ching) menggunaka­n telefon bimbit, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 342 Kanun sama.

See, 38, juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarka­n tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kes di kedua-dua mahkamah itu dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abdul Aziz dan Ruzanna Ahmad.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia