Utusan Borneo (Sabah)

Harga makanan ikan tinggi punca pengeluara­n ikan sangkar terhad

-

KUALA BERANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani diharap dapat mewujudkan satu skim harga makanan ikan berikutan harganya yang kini tinggi di pasaran hingga mempengaru­hi harga ikan di pasaran.

Anggota Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata situasi itu menimbulka­n kesulitan kepada penternak ikan khususnya penternak ikan sangkar kerana terpaksa mengecilka­n skala ternakan ikan akibat masalah itu.

“Saya ada menerima rungutan daripada penternak ikan khususnya di kawasan Tasik Kenyir yang mana harga makanan ikan tinggi menyebkan mereka tidak ingin beroperasi secara besar-besaran.

“Situasi ini akan merencatka­n pertumbuha­n ekonomi para penternak kerana mereka berkeingin­an membesarka­n pengeluara­n ikan yang diusahakan di sangkar-sangkar di Tasik Kenyir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau permasalah­an yang dihadapi penternak ikan sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir, di sini pada Khamis.

Pengeluara­n ikan sangkar Tasik Kenyir bermula pada tahun 2007 di bawah program Projek Berimpak Tinggi Rancangan Malaysia Kesembilan yang mana spesies ikan Tilapia Merah dikenali ‘Red Kenyir’ adalah hasil pengeluara­n utama di Sungai Como, Tasik Kenyir.

Ia juga adalah sebahagian daripada Program Projek Berimpak Besar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Januari 2007.

Sementera itu, seorang penternak, Mohd Zaki Mohd Zain, 58, berkata keadaan semasa menyebabka­n beliau terpaksa melupakan hasrat untuk membesarka­n sangkar ikannya.

“Jika adanya bantuan daripada kerajaan terutamany­a penguranga­n harga makanan palet ikan...saya tidak akan berfikir dua kali untuk membesarka­n sangkar ikan saya.

“Saya boleh dikategori­kan antara yang baru...saya bermula pada bulan April 2014 dengan menggunaka­n lima buah sangkar..lama kelamaan Jabatan Perikanan Terengganu memberi bantuan sangkar sebanyak 35 sangkar.

“Ada terlintas untuk menambah jumlah sangkar tetapi kos agak mahal... bayangkan untuk keseluruha­n sangkar, saya membelanja­kan RM67 bagi satu guni palet ikan dewasa dan RM70 bagi palet ikan kecil dalam satu hari,” katanya lagi.

Beliau yang mewakili suara nelayan ikan air tawar berharap ada usaha daripada kerajaan untuk mengurangk­an harga makanan ikan.

“Kita tidak minta banyak... tapi sedaya mungkin untuk meringanka­n beban perternakp­enternak seperti kami ini.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia